'KETAM KELAPA' inilah ketam darat terbesar di dunia, yang mempunyai berat setiap seekor kira-kira 5 hingga 9 kilogram. Kuat dan tangkas, ia mempunyai kebolehan memanjat pokok kelapa, mengupas kulit buah kelapa dan memecahkan tempurung kelapa untuk dimakan
isinya.
ramai antara kita yang tidak tahu betapa SABAH, satu-satunya negeri yang mempunyai banyak Ketam Kelapa. Malah ramai juga tidak tahu ketam ini boleh dimakan dan rasanya memang lazat.
Anehnya, Ketam ini hanya keluar dari lubang sarangnya hanya semata-mata untuk memanjat pokok Kelapa dan menjatuhkannya ke bawah dan mengupas buahnya dengan sepitnya yang kuat. Ketam ini tidak pernah mengupas buah kelapa di atas pokok. Mungkin susah kopek kelapa atas pokok agaknya.
Ketam ini biasanya hidup berhampiran kawasan yang berlubang dan berair tidak jauh dari kawasan yang ada pokok kelapa.
Kelapa bukanlah satu-satunya makanannya walaupun ia seperti makanan ruji dan kegemaran utama ketam yang dikenali oleh orang Inggeris sebagai 'Robber Crab'. Mendapat gelaran ketam pencuri kerana sifatnya yang biasanya seperti pencuri memanjat pokok kelapa senyap-senyap di waktu malam semasa tuan kebun kelapa tiada.
Jika di restoran biasa, ia mungkin sukar ditemui kerana Ketam ini haiwan yang di lindungi undang-undang. Harganya mencecah RM300 sekilo dan lebih.
Ketam ini tidaklah ganas atau menyerang manusia atau binatang apapun juga walaupun panjangnya boleh mencecah satu meter. Ketam ini lebih mencintai Kelapa dan tidak akan peduli anda walaupun anda berhampirannya.
0 Response to "VIDEO: KETAM GERGASI YANG PANDAI MEMANJAT DAN MEMETIK KELAPA"
Post a Comment