Tiga lembu lari ke bandar

Photo: lokasi batu pahat johor

Batu Pahat: Penduduk dan Ahli Jawatankuasa Masjid Bentara Luar di sini, gempar selepas tiga daripada 14 ekor lembu untuk dikorbankan melompat daripada lori yang diparkir di masjid itu sebelum berlari menghala ke pusat bandar.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari tadi, tiga lembu itu disedari melompat daripada lori sebelum orang ramai yang berada di masjid berkenaan cuba menangkap tiga haiwan itu. 
Ketiga-tiga lembu itu berlari ke arah bandar dan menyebabkan orang ramai terkejut sebelum dua daripadanya berjaya ditangkap di Jalan Mohd Khalid dan Jalan Shahbandar di sini. 

Ahli Jawatankuasa Program Masjid Bentara Luar Nordin Mohamad berkata, selepas berjaya menemui semula dua ekor lembu, pihaknya terus menyembelih seekor daripada haiwan berkenaan yang termasuk ke dalam longkang di Jalan Mohd Khalid manakala seekor lagi dibawa semula ke masjid menaiki lori.

"Kami menggunakan khidmat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mengesan seekor lagi haiwan itu yang masih hilang sehingga jam 6 petang dipercayai berada di dalam semak di kawasan Tasik Merdeka," katanya.

0 Response to "Tiga lembu lari ke bandar"