Mati tertembak pistol pen

MATI TERTEMBAK PISTOL PEN DI BINTULU SARAWAK

Bintulu: Malang tidak berbau apabila seorang lelaki yang juga pemandu van sewa tiba-tiba rebah dan meninggal dunia selepas senjata berbentuk pen atau ‘ball pen gun’ di tangan meletup dan terkena dadanya dalam kejadian berhampiran pasar tamu, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kesan peluru dari senjata itu mengena tepat pada jantungnya.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Abdul Razak Mohammad berkata, sebelum kejadian mangsa dipercayai BERTEMU beberapa rakan yang ketika itu sedang menunggu penumpang di pasar berkenaan.

MATI TERTEMBAK PISTOL PEN DI BINTULU SARAWAK

Menurutnya, secara tiba-tiba, rakannya terdengar bunyi seperti letupan mercun sebelum melihat mangsa rebah.


MATI TERTEMBAK PISTOL PEN DI BINTULU SARAWAK

“Rakannya memaklumkan ‘ball pen gun’ itu masih di tangan dan mangsa sempat memberitahu dadanya sakit.



sumber: borneopost

0 Response to "Mati tertembak pistol pen"