Lembu Mengamuk Ketika Sesi Fotografi Pengantin

Lembu Mengamuk Ketika Sesi Fotografi Pengantin

Satu pasangan pengantin cemas apabila seekor lembu tiba-tiba cuba menyerang mereka ketika sesi fotografi di sebuah kawasan ladang di Tamworth kelmarin.

Pasangan pengantin, Brian dan Rebecca Pepper yang baru sahaja berkahwin pada 21 September yang lepas mengupah seorang jurugambar, Rachel Deane bagi merakamkan detik bahagia mereka.
Semasa pasangan pengantin tersebut sedang merakamkan gambar di satu kawasan padang rumput, tiba-tiba mereka dihampiri seekor lembu jantan.
Lembu jantan itu dilihat cuba menyerang Rebecca namun Brian yang menyedari perkara itu segera mempertahankan isterinya sebelum menghalau lembu tersebut.
Deane yang turut terkejut sempat merakamkan aksi Brian menghalau haiwan berkenaan dan gambar tersebut menarik perhatian pengguna internet selepas dia berkongsi gambar di laman Facebook miliknya.
- See more at: http://katakcomel.my/lembu-mengamuk-ketika-sesi-fotografi-pengantin/#sthash.3en1fkOn.dpuf

0 Response to "Lembu Mengamuk Ketika Sesi Fotografi Pengantin"