Butterworth: Seorang lelaki berusia 30-an ditemui terbaring tidak sedarkan diri akibat parah selepas ditembak dalam kejadian di Jalan Perusahaan Sungai Lokan, Taman Perusahaan Mak Mandin Butterworth, 9 pagi tadi.
Ketika kejadian orang ramai melalui kawasan itu merasa curiga selepas melihat mangsa terbaring di sebelah motosikalnya sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan kejadian.
"Mangsa cedera parah selepas ditembak di belakang badan dia dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan.
"Mangsa cedera parah selepas ditembak di belakang badan dia dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan.
Turut ditemui di lokasi kejadian dua kelongsong peluru jenis Thai Arms," katanya.
Abdul Rahman tidak menolak kejadian membabitkan kumpulan gangster.
0 Response to "Lelaki parah ditembak terbaring sebelah motosikal"
Post a Comment