Emoticon digunakan oleh individu remaja ataupun yang berhati remaja untuk menunjukkan emosi mereka di atas talian. Ianya semakin popular sekarang dan sebenarnya sudah wujud dari tahun 1881 tetapi pertama kali digunakan pada tahun 1982 dengan ciptaan ikon oleh Scott Fahlman.
Emoticon digunakan di kesemua media sosial dan juga khidmat pesanan ringkas. Kini di Facebook anda boleh memilih untuk menggunakan emoticon Alhamdulillah untuk memberitahu teman-teman anda betapa gembiranya anda pada hari ini. Facebook nampaknya merubah emoticon Happy kepada Alhamdulillah. Kami baru menyedari kewujudan emoticon ini hari ini dan menarik sekali pilihan emoticon ini juga diberikan kepada pengguna bukan Islam di Malaysia.
Jadi sekiranya anda mahu menggunakan emoticon yang memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang esa, kini anda dapat melakukannya di laman Facebook.
AMANZ.MY
0 Response to "Kini Anda Boleh Guna Emoticon Alhamdulillah Pada Komen Facebook"
Post a Comment