Gambar Siti Nurhaliza Dan Cucunya Ayden


Umum mengetahui yang Datuk Siti Nurhaliza mempunyai seorang cucu lelaki, foto beliau bersama cucu tidak pernah di hebohkan di media melainkan peminat-peminat yang mengikuti perkembangannya sahaja pernah melihat cucu Datuk Siti ini.
Umum mengetahui Datuk Siti Nurhaliza masih lagi belum di berikan rezeki oleh Allah S. W.T atau tepatnya dikurniakan anak dalam perkahwinannya bersama Datuk K. 

Bagaimanapun, Datuk Siti dan datuk K tetap tenang menangani dugaan mereka sekeluarga itu. Walaupun begitu, Datuk Siti Nurhaliza tetap merasa bahagia dapat menimang anak kecil iaitu cucunya, Ayden. 
Untuk info anda, Ayden ini merupakan cucu sulung Datuk K hasil perkongsian hidup anak sulungnya Anas Zawawi dengan Nasha Alyssa yang merupakan anak perempuan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.
Anas Zawawi dan Nasha Alyssa telah melangsungkan pernikahan pada Disember 2012 dan Ayden ni dilahirkan pada Disember 2013 lalu. Kini usia Ayden mungkin sekitar 6 bulan lebih-lebih la kot. 
Tidak dinafikan, admin dan ramai lagi peminat Datuk Siti diluar sana tidak sabar menantikan cahaya mata sulung Datuk Siti. Sabarlah, belum ada rezeki mereka lagi.
Apapun, marilah kita sama-sama doakan yang terbaik buat pasangan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K sama ada kebahagiaan didunia dan juga di akhirat kelak. Insyaallah.
siti 12 TERKINI! Gambar Siti Nurhaliza Dan Cucunya Ayden siti 22 TERKINI! Gambar Siti Nurhaliza Dan Cucunya Ayden siti 32 TERKINI! Gambar Siti Nurhaliza Dan Cucunya Ayden siti 42 TERKINI! Gambar Siti Nurhaliza Dan Cucunya Ayden siti 5 TERKINI! Gambar Siti Nurhaliza Dan Cucunya Ayden

Sumber : http://kezoom.blogspot.com/

0 Response to "Gambar Siti Nurhaliza Dan Cucunya Ayden"