Taktik Baru Perompak, Bakar Kereta Umpan Mangsa Keluar Dari Rumah !!



Kepada semua kawan-kawan, sila berwaspada kerana hal ini baru berlaku pada saya pada jam 4.45 petang (6 Mac 2015).

Saya park kereta di luar pagar rumah pada jam 3.30 petang sebab nak jemput anak lelaki saya balik dari sekolah pada jam 5 petang.

Tiba-tiba terdengar sebuah motosikal lalu dan membunyikan hon bertalu-talu pada saya. Jadi saya pun keluarlah tengok apa yang terjadi. 

Semasa saya keluar dari rumah, saya ternampak kereta saya terbakar dan saya terkejut tetapi motosikal itu dah lari. 

Hati saya pula tengah berfikir, "Apa yang patut saya lakukan?". Kereta pula tengah terbakar dan ternampak ada sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita turut membunyikan hon pada saya dan memberitahu bahawa bahagian bawah belakang kereta saya juga terbakar. 


Nasib baik wanita itu berpatah balik dan saya segera memadamkan api yang menjilat kereta saya dengan hos air. 

Selepas berjaya memadamkan api, saya menemui botol 100 Plus yang sudah terbakar separuh yang mana di dalamnya diisi dengan minyak gas. 

Saya terus membuat laporan di balai polis dan tidak menolak kemungkinan ini taktik baru perompak untuk merompak rumah mangsa di kala mangsa keluar dari rumah. Polis yang datang menyiasat tempat kejadian juga tidak menolak kemungkinan itu. 

Jadi, berwaspadalah semua. Syukur Tuhan masih melindungi saya. Untuk pengetahuan umum, saya tidak berhutang dengan Ah Long! 

0 Response to " Taktik Baru Perompak, Bakar Kereta Umpan Mangsa Keluar Dari Rumah !!"