Pelik !! Seorang Ibu Guna Terapi Sudu Jadikan Anak Gadisnya Cantik

Wanita Korea Guna Terapi Sudu Jadikan Anak Gadisnya Kelihatan Cantik


Korea Selatan memang terkenal dengan pembedahan plastik yang boleh mengubah wajah wanita jadi cantik dalam masa yang singkat . Tapi seorang ibu mendakwa membuat wajah anaknya menjadi lebih cantik hanya dengan bantuan urutan dan sudu .

Seorang ibu di Korea Selatan mendakwa melakukan terapi sudu . Terapi sudu dilakukan dengan mengurut keseluruhan muka anaknya itu dengan menggunakan tangan dan sudu dari sejak kecil sehingga meningkat remaja sekarang . Akibat dari terapi sudu yang dilakukannya menyebabkan muka anaknya lebih kecil , dagu lebih tajam , mata yang besar dan wujudnya kelopak mata .
Kedua-dua ibu dan anak muncul dalam rancangan talks show , Martian Virus , di mana si ibu membincangkan tentang terapi yang dilakukan kepada anaknya sejak kecil yang mempunyai paras rupa yang bulat itu . Disebabkan bentuk muka anaknya bulat , dia menurunkan ilmu terapi yang dipelajari kepada anaknya .
Wanita Korea Guna Terapi Sudu Jadikan Anak Gadisnya Kelihatan Cantik2Wanita Korea Guna Terapi Sudu Jadikan Anak Gadisnya Kelihatan Cantik3Wanita Korea Guna Terapi Sudu Jadikan Anak Gadisnya Kelihatan Cantik4Wanita Korea Guna Terapi Sudu Jadikan Anak Gadisnya Kelihatan Cantik5Wanita Korea Guna Terapi Sudu Jadikan Anak Gadisnya Kelihatan Cantik6
Ibu mulakan rutin mengurut muka anaknya menjadi bentuk yang sesuai . Bukan itu sahaja , dia juga turut mengurut kaki anaknya supaya kaki terbentuk lurus dan panjang . Dia mendakwa bahawa rutin urut menyebabkan lipatan kelopak mata pada mata anak perempuannya – dengan mengurut mata anaknya itu dengan sudu sejuk selama dua puluh minit pada satu masa .
Menurut ibunya lagi , urutan bukanlah satu – satunya rahsia rutin kecantikan dilakukan , bagi memperbaiki kulit wajah , dia kerap memberikan mask yang diperbuat daripada kaki ayam . Ibu menegaskan dia melakukan banyak rawatan kecantikan yang dibuat sendiri dan langsung tidak melakukan pembedahan plastik .

0 Response to "Pelik !! Seorang Ibu Guna Terapi Sudu Jadikan Anak Gadisnya Cantik"