Satu pembedahan atau pemindahan zakar telah dilaporkan berjaya dilaksanakan ke atas seorang lelaki berusia 21.
Pemindahan zakar itu telah dilakukan oleh sekumpulan ahli pakar bedah dan diketuai Profesor Andre Van Der Merwe, mereka melaksanakan pembedahan itu pada Disember lalu dan mengumumkan bahawa mereka telah berjaya melakukan pemindahan itu dengan sempurna.
Menurut Merwe, pembedahan yang mereka lakukan itu merupakan satu kejayaan besar kerana mereka berjaya membuktikan kemampuan mereka memberikan organ yang sama baik seperti yang dimiliki oleh pesakit sebelum ini.
Pesakit tersebut telah kehilangan zakarnya tiga tahun lalu akibat satu ritual berkhatan secara tradisional yang dilakukan di Afrika Selatan.
‘Ianya keperluan besar bagi negara tersebut menjalankan prosedur sedemikian sama seperti beberapa negara lain dan akibat daripada keperluan itu, ramai lelaki kehilangan zakar mereka setiap tahun akibat komplikasi selepas menjalani upacara khatan secara tradisional itu,’ kata Merwe.
Berdasarkan reaksi pesakitnya, dia amat gembira dengan zakar barunya itu dan menerima segalanya dengan hati terbuka.
‘Secara kosmetiknya kami mempunyai padanan warna yang sesuai dengan pesakit, ternyata kami berikan zakar yang normal dan baik kepada pesakit dan matlamat kami menganggarkan ianya akan berfungsi penuh dalam masa dua tahun namun terkejut dengan tindak balas yang pantas seperti itu,’ tambah Merwe.
0 Response to "Pelik !! Kejayaan Pertama Pemindahan Zakar !!??"
Post a Comment