Misteri! Siapakah Jemaah Kenit Di Masjidil Haram Itu?


Setiap apa yang berlaku di Tanah Suci, semuanya terkandung seribu hikmah sama ada ada sebagai pengajaran mahupun peringatan. Oleh kerana itulah kita diingatkan supaya memperbetulkan niat apabila mahu ke sana.

Bukan bertujuan membeli belah semata-mata, tetapi mahu beribadah kepada Allah SWT. Kisah di bawah ini tentang kisah seorang ustaz yang dipilih Allah untuk bertemu dengan seorang jemaah kenit ketika berada di Masjidil Haram. Persoalannya, siapakah lelaki kenit itu?

Sejak dahulu, saya sudah biasa dengar pelbagai cerita tentang perkara aneh yang menimpa para jemaah di Tanah Suci. Misalnya, ada jemaah semasa di Malaysia waras tapi apabila sampai di Tanah Suci jadi gila. Ada jemaah yang sesat sampai berhari-hari bermulut celupar dan bongkak.

Ada juga jemaah yang semasa di Malaysia sakit tak boleh berjalan bertahun-tahun. Tapi apabila sampai di Tanah Suci, jemaah ini terus sihat dan boleh berjalan seperti biasa. Pendek kata di Mekah pelbagai perkara yang tak masuk akal dan stabil boleh berlaku. Itulah yang terjadi kepada saya ketika menjadi mutawif membawa rombongan umrah pada tahun 2008. Ketika itu, saya baru sahaja bertugas dengan De Mawardah. Seingat saya, baru tiga kali saya membawa rombongan jemaah ke Tanah Suci. Kali itu, saya membawa rombongan seramai 40 orang terdiri daripada lelaki dan wanita. Setibanya di sana segala proses dan urusan menempatkan jemaah berjalan lancar. Semua jemaah berpuas hail dengan tugas saya lakukan. Saya gembira.

Suatu hari, saya bersama jemaah masuk ke Masjidilharam untuk melakukan ibadah. Kami sembahyang sunat, berzikir dan berdoa mengikut kemampuan masing-masing. Entah kenapa hari itu tiba-tiba saja, saya seperti bersifat kebudak-budakan. Saya kata begini di dalam hati. “Eh, bagilah tengok benda ajaib. Selama datang Mekah tak pernah tengok benda-benda ajaib lagi!” detik di hati saya. Saya kata begitu sebab saya biasa dengar cerita-cerita aneh dari mutawif-mutawif lain sebelum ini. Mudah-mudahan dapatlah saya bertemu benda-benda aneh yang tidak penah terfikir melihatnya. Waktu itu saya lihat semua jemaah melakukan ibadah masing-masing.

Ada yang bersolat sunat dan ada yang membaca al-Quran. Saya dan pembantu saya bernarna Iskandar pula pergi ke suatu kawasan di dalam Masjidilharam dan kami terus bersolat sunat. Ketika kepala saya berpusing ke kanan untuk memberi salam pada tahiyat akhir, saya terkejut. Betul-betul di hadapan saya sedang berdiri seorang lelaki berjubah putih. Apa yang paling mengejutkan saya ialah saiz jemaah lelaki berjubah putih itu hanya sebesar botol air mineral 500 mililiter. Lelaki kenit berusia 40-an itu persis pelakon Bollywood. Wajahnya kacak, kulitnya putih, hidung mancung dan matanya bersinar. Sebaik melihatnya, saya terpaku tanpa dapat berkata apa-apa. Hanya mata saya yang bergerak memandang jemaah kenit itu. Wajah jemaah kenit itu berseri-seri. Mukanya seperti bercahaya. Cantik sungguh.

Saya lihat jemaah kenit itu melangkah setapak demi setapak ke arah saya. Manusia kenit itu lalu berdiri betul-betul di hadapan saya yang masih duduk di antara dua sujud. Jemaah kenit itu tiba-tiba mengangkat tangannya ke arah muka saya lalu berdoa. Entah apa yang didoakannya saya tidak tahu sebab tidak mendengar sebarang kata-katanya. Saya hanya nampak mulutnya terkumat-kumit. Waktu itu juga secara spontan saya tidak berhenti-henti memuji kebesaran Allah. Ya Allah siapa bawa jemaah kenit ini. Ya Allah terlalu kecil makhluk ciptaanMu ini. Ya Allah, ya Tuhanku, siapa manusia ini? Ya Allah Engkau Maha Besar. Aku bersyukur. Engkau telah tunjuk kepada aku perkara ajaib begini di Tanah SuciMu!

Selepas lelaki kenit itu habis berdoa, saya terus mendepakan tangan sebab hajat saya mahu memeluknya.Anehnya, sebaik saya mendepakan tangan, jemaah kenit itu terus ghaib dari pandangan. Saya terpinga-pinga. Pelik sungguh apa yang saya lihat tadi. Mustahil manusia kenit itu boleh ghaib begitu saja. Cepat-cepat saya tanya pembantu saya, Iskandar adakah dia nampak jemaah kenit tadi.

Pelik. Iskandar yang berada di sebelah saya hanya menggeleng-gelengkan kepala. Bagaimana pula Iskandar tidak nampak. Jemaah-jemaah lain di sebelah saya juga begitu, mereka tidak melihat makhluk kenit tersebut. Selepas diperlihatkan jemaah kenit yang kacak itu, saya tidak habis-habis memuji kebesaran Allah. Saya tidak menyangka walaupun impian saya itu hanya terdetik di dalam hati, Allah terus tunjukkan kepada saya apa yang saya hajati. Itulah kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Sampai hari ini saya tidak pernah ceritakan kisah ini kepada jemaah khuatir menakutkan mereka pula. Saya juga tertanya-tanya siapakah jemaah kenit kacak itu, manusia

0 Response to "Misteri! Siapakah Jemaah Kenit Di Masjidil Haram Itu?"