Luahan Hati 2 Wanita – Si Perampas Bahagia, Si Isteri Reda



Dua situasi berbeza dihadapi dua wanita berbeza, namun berpunca dari seorang lelaki sama. Itu merupakan kesimpulan mudah yang boleh diberikan terhadap kisah ini.

Melalui medium Facebook, perasaan hiba dan pasrah dikongsikan seorang isteri apabila dia ditinggalkan oleh si suami kerana sudah memiliki cinta baru.
Mana taknya, melalui satu entri, si perampas yang cuma dikenali sebagai Shikin tegar menulis bahawa kemenangan berpihak kepadanya kerana sang kekasih akhirnya menceraikan isterinya itu.
Sekarang dia sudah jadi milik aku sepenuhnya… Sebab dia dah ceraikan isteri dia talak satu. Akhirnya aku menang… Perempuan kau kalah, sudahlah kau tak cantik.”
Amboi, sudahlah meruntuhkan ‘masjid’, sedap pula mulut dia cakap si isteri itu tidak cantik!
Bukan itu sahaja, melalui satu lagi posting lain, perempuan itu turut menggunakan tindakan sang kekasihnya yang menceraikan si isteri sebagai alasan lelaki itu mencintainya.
Tulisnya, “Salahkah aku mencintai suami orang, sedangkan dia sanggup ceraikan isteri dia demi aku. Terbukti dia lebih cintakan aku.”
Alahai, bimbo betul! Kalau dia boleh ceraikan isteri sendiri, apatah lagi awak yang boleh ditinggalkan begitu sahaja. Orang cakap, habis manis sepah dibuang…
Di pihak si isteri pula, dia turut meluahkan perasaannya di laman sosial sama. Melalui ruang komen, wanita tersebut berkata, dia akan tetap mencintai suaminya.
Malah, dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap wanita itu.
“Aku tak mampu bersuara, tapi yang pasti dia masih suami aku. Aku akan tetap mencintai macam dulu, seperti 13 yang lalu. Pada kamu Sikin aku tak dendam apa pun dengan kamu. Aku yakin kamu ada hati dan kamu dapat berfikir.
“Aku yakin Allah ada bersama aku.”Respect betul lah dengan luahan wanita tersebut yang mampu lagi bersabar walaupun diduga.
Buat kedua-dua mereka, ingatlah, langit tak selalu cerah dan tak selamanya mendung. Suatu hari nanti, yang di bawah akan berada di atas dan yang di atas pastinya turun ke bawah.
Tak sabar rasanya nak tunggu status Facebook si perampas selepas ditinggalkan kekasih hati!



0 Response to "Luahan Hati 2 Wanita – Si Perampas Bahagia, Si Isteri Reda"