Jika kita lihat, cuaca sekarang di Malaysia kadang-kala terlampau panas dan bagi siapa yang bijak menghidu peluang, maka akan wujudlah pelbagai jalan penyelesaian untuk menghilangkan rasa dahaga mahupun sekadar mahu menggoda nafsu makan anda ketika waktu panas. Kami kongsikan bersama anda 9 aiskrim yang anda boleh jumpa di Malaysia.
1. Ais Krim Malaysia

Bagi kami, ini merupakan ibu kepada segala ais krim yang terdapat di Malaysia. Ketika zaman kami kanak-kanak dulu amat mudah untuk dapatkan aiskrim Malaysia ini. Paling akhir kami beli ialah beberapa bulan lepas (di kawasan kampung), dengan harga 30 sen.

2. Ais Krim Pong
Jika ais krim Malaysia adalah buatan ibu kita mahu pun mak cik di kedai runcit, ais krim pula adalah alternatif dengan pelbagai perisa yang lebih urban daripada ais krim Malaysia. Hingga kini aiskrim ini masih mudah untuk didapati di mana-mana kedai runcit. Masa sekolah dulu, biasa kalau beli sebatang, boleh patahkan dua, bagigirlfriend satu. Amboi, kecik-kecik sudah pandai.

3. Ais Krim Pak Cik Motor
Bagi kami, kadang-kadang bila dengar bunyi loceng atau ada muzik daripada motor pak cik yang bawa aiskrim kon ini, kami rasa sangat teruja. Mesti mahu berkejar punya, tidak kisahlah dari kecil sehingga besar. Sebelum berkejar adalah detik mencemaskan sebab tengah kira duit. Rindukan jadi budak-budak semula?
4. Ais Krim Potong

Ini antara ais krim yang terdiri di barisan ais krim legend, kini sudah hadir dengan pakej baru dan juga design baru. Malah perisa pun sudah ditambahkan kepada beberapa perisa yang kita tidak akan dapat ketika kecil dahulu. Kami tahu, anda yang sedang membaca ini merupakan peminat ais krim ini bukan?
5. Roti Ais Krim

Roti ais krim ini jika pekena ketika tengah panas, memang puas hati sangat-sangat. Tekstur roti yang lembut dan juga ais krim yang cair meleleh, fuh, memang sedap. Sekarang biasanya memang sudah ada sekali dengan ais krim pak cik motor.
6. Ais Krim Pasu

Ini merupakan kegilaan dan juga fenomena terbaru di dalam industri ais krim di Malaysia. Malah ada yang sanggup travel jauh semata-mata mahu makan ais krim pasu yang juga popular di Melaka. Kami tidak boleh layan sebab tekstur tanah dalam seni ais krim ini terlalu realistik. Oreo’kan yang macam tanah itu?
7. Ais Krim Lesung Batu

Ais krim Lesung Batu ini juga merupakan salah satu pencabar kepada ais krim pasu. Lesung Batu yang anda biasa buat sambal kini dijadikan bekas untuk makan ais krim. Hebat inovasi orang Malaysia. Lepas ini apa pula?
8. Ais Krim Tempurung

Melihat daripada gambar, nampak macam sedap. Ada yang mahu kami review ais krim tempurung kelapa mereka? Kini yang ini pun sudah jadi ikutan.
9. Ais Krim Goreng Gulung Langkawi

Kesenian ais krim tidak pernah menghampakan untuk memuaskan permintaan nafsu mata dan perut anda. Kini kepada sesiapa yang pergi ke Pulau Langkawi, anda boleh dapatkan ais krim ini di Chenang. Ais krim akan digoreng nipis-nipis kemudian akan digulungkan. Canggih bukan bunyi dia – digoreng nipis-nipis.
Related Posts :
Episod Akhir Kartun Doraemon Yang Ramai Orang Tak Tahu Doraemon adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (nama asal Hiroshi Fujimoto) sejak tahun 1970 dan berkisah… Read More...
Mat Salleh Tak Mengaku Salah Pecah Cermin Kereta SUSULAN video viral seorang lelaki mat saleh bertindak memecah cermin sebuah kereta akibat perselisihan faham atas jalan raya, individu t… Read More...
Tahukah Anda!! Inilah 10 Perkara Tidak Masuk Akal Yang Dilakukan Oleh Jutawan Seluruh Dunia, #5 Korang Pun Tidak Akan Percaya!! 1. Pengantin jutawan lawan tradisi dengan memberi ang pao bernilai RM835,000 kepada orang ramai Chen Jun Liang, pemilik dan pengu… Read More...
9 Ais Krim Yang Anda Boleh Jumpa Di Malaysia Jika kita lihat, cuaca sekarang di Malaysia kadang-kala terlampau panas dan bagi siapa yang bijak menghidu peluang, maka akan wujudlah p… Read More...
Jom Kenali Suku Kaum Hidup Di Pendalaman Yang Kahwini Ibu Sendiri!! PElik tapi benar!! Bagi masyarakat umum , berkahwin dengan saudara kandung merupakan adalah sebuah larangan, dan bahkan tidak boleh dibia… Read More...
0 Response to "9 Ais Krim Yang Anda Boleh Jumpa Di Malaysia"
Post a Comment