4 JENIS PENUMPANG LRT YANG MUNGKIN ANDA PERNAH JUMPA !!



Semakin hari, perkhidmatan pengangkutan awam negara kita semakin maju. LRT merupakan salah satu pengangkutan awam yang menjadi pilihan warga Kuala Lumpur kerana selesa dan menepati masa.

Namun begitu kita tidak akan dapat lari dari berjumpa dengan pelbagai jenis ragam manusia dalam LRT. Kami kongsikan bersama anda 4 jenis penumpang LRT yang mungkin anda pernah jumpa:

1) Orang yang terlupa pakai deodoran

Bersangka baik, mungkin dia dalam keadaan tergesa-gesa pagi tadi sampai terlupa nak pakai deodoran. Tapi, kalau sehari terlupa takkanlah baunya macam dia terlupa pakai untuk setahun dua?

2) Orang yang tak cukup tidur

Siap ternganga-nganga, kepala lentok ke kiri dan kanan. Nyenyak betul dia tidur, sampai dia buatkan kami tertanya-tanya, kau buat apa malam tadi yang kau mengantuk sangat?

3) Orang yang pekak

Samada dia mendengar lagu di earphone dengan kuat, sampai orang sebelah pun boleh dengar; atau dia bercakap dengan suara yang kuat di telefon. Kami beranggapan mereka ini pekak.


4) Orang yang hensem

Kalau jumpa orang yang hensem, wangi dan berketerampilan dalam LRT, jangan lupa ucap hai kepadanya!

0 Response to "4 JENIS PENUMPANG LRT YANG MUNGKIN ANDA PERNAH JUMPA !!"