Tangguh Kahwin Sebab Tunggu Duit Kemenangan, Bukan Kerana Lupa Diri – Syaiful Zero



Berita yang mengatakan ahli kumpulan Zero, Syaiful menangguhkan perkahwinan beliau selepas menang tempat pertama di Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) mendapat kritikan ramai sehingga ada mengatakan pelawak itu kini mula lupa diri selepas popular.

Menerusi kosmo,Syaiful Zero mengakui yang beliau menangguhkan perkahwinan namun ia adalah kerana mereka sedang menunggu wang kemenangan untuk sampai ke tangan sebelum melakukan persiapan untuk berkahwin. 

“Saya tidak pernah lupa diri. Sebenarnya saya tangguhkan perkahwinan sebab menunggu duit dan masa yang sesuai kerana saya ingin berehat selepas memberi komitmen besar dalam program tersebut. Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah memutuskan hubungan dengan tunang”
“Kami telah berkawan selama lima tahun dan bertunang pada tahun lepas. Tak mungkin saya akan meninggalkan tunang yang sentiasa ada bersama saya di waktu saya susah. Dalam hati saya hanya ada dia sahaja dan kami akan berkahwin dalam tahun ini juga,” ujarnya.
Syaiful Zero juga menyatakan yang beliau kini mula belajar untuk menerima apa jua yang orang katakan tentang dirinya kerana sudah terlibat dalam dunia hiburan selain kini mula sibuk kembali bekerja selepas bercuti di kampung halaman.

Bila dah menjadi selebriti ini, terpaksa lah hadapi segala kritikan dan cemuhan di masa hadapan. Apapun, kami doakan semoga Syaiful cepat kahwin ye! 

0 Response to "Tangguh Kahwin Sebab Tunggu Duit Kemenangan, Bukan Kerana Lupa Diri – Syaiful Zero"