Sudah menjadi lumrah manusia apabila ramai penonton difahamkan merungut tentang perjalanan AME2015 yang hambar, malah ada suara-suara melabelkan ia tak lebih dari sekadar ‘anugerah syok sendiri’. Betul ke?
Seperti yang telah dijangka Neelofa menjadi tumpuan buat mata para pemerhati dunia hiburan yang menunggu penampilannya sebagai pengacara di majlis itu.
Bagaimanapun mendapat khidmat pereka Fizi Woo bagi menghasilkan persalinan bagi tahun ini, nampaknya penampilan Neelofa di pentas AME2015 menerima pujian ramai pihak.
Mana taknya Fizi Woo menerusi akaun Instagram mengakui, dia menggunakan 50 meter kain jenis Crinoline dan Organza Silk bagi mendapatkan alunan pada pakaian tersebut dan inilah hasilnya… cantik tak?
Malangnya, ada individu dipercayai teman Neelofa sendiri telah menghamburkan kata-kata kurang enak di akaun Instagram mengkritik rekaan tersebut.
Nak tahu dia cakap apa? Nah, baca sendiri…
Dengan membuat perbandingan persalinan yang dipakai oleh bintang Hollywood di Majlis Oscars 2015 individu tersebut menulis:
“These are examples of gorgeous couture dress… Oscar 2015. Not that red crazy-ruffled-squid-like frock from last night local award (more like a circus) show… Watching 2 mins of that show hurt my intelligence…”
Ouch, memang menusuk kalbu betul ungkapan yang dicoretkan individu tersebut.
Namun Neelofa kemudiannya membalas komen tersebut dengan ayat yang kurang pedasnya:
“Coming from a non fashion related person like your goodself, I’ll take this as a pinch of salt. Booooo.”
Tak cukup dengan itu, Neelofa dan individu tersebut dilihat terus ‘berperang’ dengan komen lanjutan lain. Senang cakap, memang buku bertemu ruaslah.
Amboi, tajam juga kata-kata Neelofa terhadap individu tersebut, kan? Tak apalah, masing-masing punya citarasa dan pendapat yang hendak diutarakan.
Senang cakap, setiap manusia perlu memiliki sifat menghormati pihak lain. Kalau tak, haa… jadilah insiden seperti kes ini. Sabar jelah.
0 Response to " Akibat Dress Merah AME2015 Digelar ‘Sotong’ , Neelofa Mengamuk?"
Post a Comment