Budak Maut Selepas Diserang Pirana



BRAZIL – Kegembiraan seorang budak perempuan berusia enam tahun yang menghabiskan cuti dengan mengayuh kanu bersama neneknya di sungai Rio Maicuru di Monte Alegre berakhir dengan tragedi selepas dia diserang ikan pirana hingga meninggal dunia.

Kejadian berlaku ketika budak itu bersama dengan neneknya serta kanak-kanak lain sedang bergembira di dalam kanu, apabila secara tiba-tiba kanu itu tenggelam.
Selepas budak itu ditarik dari air, kedua kakinya hanya tinggal tulang akibat dimakan pirana tersebut.
Menurut neneknya, selepas terjatuh ke dalam sungai dia cuba menyelamatkan cucunya namun budak itu terlepas daripada pegangannya ketika keadaan kelam kabut, apatah lagi terdapat juga kanak-kanak lain bersama mereka.
“Ketika saya pergi semula ke sungai itu, cucu saya sudah tidak kelihatan,’’ katanya.
Dia kemudiannya memanggil penduduk setempat namun ketika ditemui sebahagian badan budak itu sudah dimakan pirana.
Polis sedang menyiasat kejadian itu namun menyifatkan ia sebagai kemalangan tragis.

0 Response to "Budak Maut Selepas Diserang Pirana"