Kucing selamat walau ditikam di kepala





Seekor kucing liar dijumpai dengan pisau terbenam di kepalanya oleh  Lyudmilla Alexeeva, yang sering memberi makan untuk kucing-kucing liar di kawasan rumahnya.



"Saya menjumpainya di sebuah semak dan terkejut kerana terdapat sebuah pisau terbenam di kepalanya," kata Alexeeva lapor stesen TV Rusia.

Menurut Metro UK, Alexeeva kemudian segera membawa kucing berkenaan ke klinik veterinar berdekatan dan doktor kemudian berjaya mengeluarkan pisau tersebut.

Menurut doktor, pisau tersebut terbenam lebih dua inci ke dalam kepala kucing malang tersebut.

Buat masa ini, Zelonny diletakkan di bawah jagaan pusat jagaan binatang liar tempatan sehingga lukanya sembuh.


Sumber : Sinar Harian

0 Response to "Kucing selamat walau ditikam di kepala"