Laporan dari portal savemoney.my sebelum ini mendedahkan Dato' Siti Nurhaliza tersenarai di dalam ranking lima wanita terkaya di Malaysia. Pendedahan laporan tersebut nyata mengejutkan Dato' Siti Nurhaliza apabila mengetahui namanya tersenarai sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia.
Namun begitu, menerusi sebuah akhbar tempatan, Siti menjelaskan bahawa penilaian jumlah kekayan sebanyak RM50 juta yang dilaporkan sebelum ini adalah tidak begitu tepat.
Pada masa yang sama, diva popular itu turut mengakui secara peribadi yang dia kurang senang dengan berita yang sudah menjadi viral di laman sensawang sosial itu.
“Saya tidak begitu senang dengan jumlah yang dinyatakan, kerana saya masih bekerja keras dalam bidang seni serta perniagaan dan tidak begitu tepat untuk membuat penilaian berdasarkan jumlah yang dinyatakan,” katanya.
Siti yang juga merupakan pengasas kepada produk kecantikan jenama SimplySiti memberitahu, selain masih bekerja keras dalam bidang seni dia turut memberi tumpuan serius terhadap cabang perniagaan lain.
Bagaimanapun isteri Datuk Khalid Jiwa ini meluahkan kesyukuran terhadap rezeki yang dikurniakan selama ini.
Lima wanita yang tersenarai dalam portal itu ialah pewaris pengasas Genting Highlands, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Michelle Yeoh, Dato’ Siti Nurhaliza, Pauline Chai dan Datuk Nicol Ann David.
0 Response to "Dato' Siti Nurhaliza Terkejut Apabila Dinobat Wanita Ke-3 Terkaya Malaysia"
Post a Comment