“Tangkap orang yang langgar ayah saya,” begitulah pesanan yang disampaikan Nur Firuza Amira




Sayu mendengar permintaan anak sulung mangsa kemalangan di Lebuhraya Duke, meminta agar pihak berkuasa menangkap individu yang telah melanggar bapanya sehingga terkorban.

“Tangkap orang yang langgar ayah saya,” begitulah pesanan yang disampaikan Nur Firuza Amira, 7, kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menziarah keluarga allahyaham Fairuz Nizam Husain hari ini.
FW395245_KL01_040515_ZIARAH
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bertanya khabar kepada adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 7, (tengah) yang merupakan anak pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 6.2 Lebuhraya Duta-Hulu Klang (DUKE) Sabtu lalu semasa hadir menziarah keluarga mangsa di Taman Batu Muda hari ini. – Foto BERNAMA

Nur Firuza Amira dan adiknya, Nur Firuza Aqila, 4, menjadi yatim piatu selepas ibu bapa dan adik mereka terlibat dalam kemalangan tersebut.
Bapa Nur Firuza Amira, Fairuz Nizam, ibunya, Nova Safitri, 27, dan adik bongsunya, Nur Firuza Annisa, tujuh bulan maut dipercayai kemalangan angkara enam pemandu Myvi yang berlumba haram di lebuhraya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, kenderaan Pajero Sport yang dinaiki mangsa berlanggar dengan dua buah kereta Myvi sebelum berpusing dan terbalik di tengah jalan.
Jenazah ketiga beranak itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Radhatul Sakinah, Gombak, semalam.

0 Response to "“Tangkap orang yang langgar ayah saya,” begitulah pesanan yang disampaikan Nur Firuza Amira"