Misteri UFO Memburu Pesawat Udara

Pada 4 Jun 2013, sebuah pesawat Boeing 757 milik China Airlines sedang dalam penerbangan dari Chengdu ke Guangzhou bila tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang kuat di bahagian kepala pesawat.

Ufo hunting planes

Sebaik sahaja kedengaran bunyi tersebut, pesawat mula terbang dengan tidak stabil. Untuk keselamatan penumpang serta kakitangan, pesawat terbabit berpatah balik ke Chengdu.

Selepas ia mendarat, bahagian hadapan pesawat didapati telah remuk. Para penyiasat menolak kemungkinan ia disebabkan terlanggar burung. Ini kerana, jika terlanggar burung, biasanya akan ada kesan darah, bulu serta cebisan badan burung. Mereka percaya pesawat ini telah berlanggar dengan sebuah objek yang sedang terbang!

Boeing 757 by China Airlines
Bahagian depan pesawat Boeing 757 China Airlines yang remuk.

Yang biasanya terdapat di udara hanyalah kapal terbang, helikopter, burung, belon dan UFO!

Semua pesawat komersial dan tentera, terbang pada arah dan ketinggian yang telah ditetapkan. Jadi, tidak akan berlaku sebarang perlanggaran. 

Jika altimeter atau meter yang menunjukkan ketinggian pesawat sedang terbang rosak, pusat kawalan trafik udara akan memaklumkan pada juruterbang kerana mereka dapat mengesannya pada radar kawalan udara bila ketinggian pesawat berubah.

Sementara semua pesawat udara mematuhi peraturan penerbangan, UFO pula tidak terikat dengan undang-undang ini, maka risiko akan berlaku perlanggaran adalah tinggi. Akan tetapi jika UFO dibawah kawalan suatu sistem yang canggih, ia dapat mengelak tragedi ini.

Cuba lihat pada sekumpulan burung yang terbang rapat. Bila mereka diganggu, semua akan bergerak mengejut ke suatu arah. Tidak berlaku perlanggaran sesama mereka.

Pesawat udara juga mempunyai teknologi anti-perlanggaran sama seperti yang dimiliki oleh burung. Adakah UFO pula mempunyai teknologi ini?


UFO in Taiwan Space
UFO dan pesawat hampir berlanggar di udara Taiwan pada 25 Mei 2013.

Mungkin sesetengah UFO ada teknologi sedemikian dan ada yang tiada. Banyak insiden telah direkodkan, di mana kehadiran UFO telah menyebabkan kapal terbang jatuh terhempas.

Kes paling awal yang dilaporkan ialah pada 24 Julai 1948. Tiada perlanggaran berlaku tetapi sebuah UFO berbentuk torpedo hampir berlanggar dengan sebuah pesawat DC-3.

Dua orang juruterbang berpengalaman melaporkan sebuah UFO hampir berlanggar dengan pesawat mereka. Ketika itu mereka sedang terbang pada ketinggian 5,000 kaki apabila Kapten Clarence Chiles, memaklumkan pada pembantunya - "Lihat. Itu sebuah jet tentera".

Sebaik saja berkata begitu, Kapten Chiles tiba-tiba sedar yang itu bukan sebuah jet kerana ia tidak menyerupai sebuah pesawat. Dan objek tersebut sedang menuju ke arah mereka dengan kelajuan yang sangat tinggi!

Untuk mengelak dari berlanggar, Kapten Chiles segera membelok ke kiri. Pembantunya menoleh ke belakang dan sempat melihat UFO tersebut melonjak naik ke langit.

UFO itu dikatakan berukuran 100 kaki panjang dan tanpa sebarang sayap. Ia mengeluarkan cahaya merah-oren yang terang dari ekzosnya.

Beberapa tahun kemudian, sebuah jet Tentera Udara Di Raja British hampir berlanggar dengan dua buah UFO di ruang udara Southend, England pada ketinggian 16,000 kaki.

Menurut Flt. Lt. James Salandin, objek terbang tersebut berbentuk piring, satu berwarna silver dan yang satu berwarna emas. UFO tersebut bergerak bertentangan dengan jetnya dan dia sempat mengelak. Mereka hampir bertembung di udara.

Sebuah pesawat komersial sedang terbang dari Osaka ke Hiroshima apabila sebuah UFO sepanjang 15 meter berwarna hijau didapati berada di belakang pesawat. Juruterbang terpaksa membelok 60 darjah untuk mengelak objek misteri itu dari melanggarnya.

Sebuah pesawat pengebom Rusia yang dalam penerbangan dari Moscow ke Vladivostok telah dilaporkan hilang pada Ogos 1970. Bangkai pesawat tidak ditemui. Pada hari yang sama, beberapa buah UFO telah dilihat. Adakah kehilangan pesawat ini ada kaitannya dengan kemunculan pesawat UFO tersebut?

Jawapannya mungkin boleh dilihat pada kes yang berlaku di Amerika-Mexico. Pada suatu hari, radar tentera udara Amerika mengesan sebuah objek yang terbang pada kelajuan 4,000 kilometer sejam menuju ke Mexico.

Pada waktu yang sama, sebuah pesawat ringan berlepas dari Texas menuju ke Mexico City. Pegawai kawalan radar dapat melihat kedua-duanya, UFO dan pesawat ringan pada skrin radar. Selepas beberapa ketika, kedua-dua isyarat hilanh pada waktu yang sama di lokasi yang sama di Mexico. Kedua-duanya telah bertembung di udara!

Walaupun terdapat bukti yang sahih, kerajaan Mexico mendakwa kejadian ini tidak berlaku. Dan bagi pihak Amerika yang tiba di tempat kejadian, mereka bukan saja menemui bangkai pesawat ringan tersebut, tetapi juga bangkai UFO!

Insiden yang membuka mata dunia tentang penglibatan pesawat dan UFO telah berlaku di Australia pada tahun 1978.

Juruterbang berusia 20 tahun, Fred Valentich melaporkan bahawa terdapat sebuah UFO di atas pesawat ringannya yang sedang terbang di kawasan Laut Tasmania. Sebaik saja selesai melaporkan perkara itu, hubungan juruterbang dengan menara kawalan terputus.

Fred Valentich dan pesawatnya tidak berjaya ditemui sehingga ke hari ini. Ramai yang percaya dia telah diculik makhluk asing.

Kes pendaratan kecemasan pertama di dunia yang disebabkan UFO pula telah melibatkan pesawat Supercaravelle yang berlepas dari Salzburg dari Austria menuju ke Las Palmes.

Sewaktu dalam perjalanan, juruterbang serta anak kapalternampak satu set cahaya merah menuju ke arah pesawat mereka. Untuk mengelak dari berlaku perlanggaran, juruterbang terpaksa menukar ketinggian. Sebaik berbuat demikian, UFO tersebut juga mengubah haluannya tetapi masih menghala ke arah pesawat mereka.

Memikirkan nyawa 109 orang penumpang dan anak kapal, juruterbang mengambil keputusan untuk membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang terdekat. Sebaik mendarat, tiga UFO telah dikesan pada radar. Salah sebuah UFO dilihat terbang rendah melintasi lapangan terbang tersebut!

Sebuah pesawat pejuang jenis Mirage F-1 Tentera Udara Sepanyol telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti objek tidak dikenali itu. Juruterbangnya, Kapten Fernando Camara, dapat melihat UFO tersebut dengan jelas.

RAAF Captures UFO

Walau bagaimanapun, dia tidak dapat memintasnya kerana UFO itu terbang pada kelajuan yang sangat tinggi. Objek tersebut dikatakan mengeluarkan cahaya yang sangat terang.

Hari ini ramai juruterbang komersial Amerika yang ingin bersumpah pada Kongres yang mereka pernah bertembung dengan UFO di udara. Terdapat lebih 300 juruterbang yang mendakwa telah melihat UFO.

Dan sehingga 2013, mereka masih menunggu tindakan dari Kongres Amerika untuk membuat sesuatu tentang UFO.

Sementara menunggu pihak berwajib mengambil tindakan yang positif, apa yang berlaku antara pesawat komersial dan UFO terpaksalah ditanggung sendiri!

0 Response to "Misteri UFO Memburu Pesawat Udara"