Motor Hilang Selama 46 Tahun Di Temui Kembali

Apa perasaan anda jika barang yang telah berpuluh tahun hilang ditemui semula ?
Hal yang sangat membahagiakan itu dialami seorang lelaki berasal dari Omaha, Nebraska .

Pihak Keselamatan Trafik California berjaya menemui sebuah motor jenama Triumph Tiger 100 buatan tahun 1953 di pelabuhan Los Angeles. Motor tersebut hendak dihantar ke Jepun dengan harga USD 9 ribu. Ternyata motor berwarna biru dan hitam itu dilaporkan hilang pada Februari 1967.

Motor yang ketika itu bernilai US $ 300 tersebut dicuri ketika diletakkan di halaman belakang rumah. Kini pemilik empunya motor bertemu kembali barang berharganya itu di usianya yang telah mencapai 70 tahun. Ya , lelaki yang tidak diketahui identitinya tersebut mendapatkan kembali motosikalnya yang telah hilang selama 46 tahun.

Kisah ini pun mendapat perhatian ramai orang. Sebahagian besar mengucapkan tahniah kerana pemiliki motor boleh mendapatkan barangnya kembali meskipun harus menunggu puluhan tahun.

" Aku senang kerana motor itu kembali kepada pemiliknya. Tapi jika dia sudah terlalu tua untuk itu, aku senang boleh menggunakan motor itu," ujar seorang jirannya. " Menakjubkan! " .

0 Response to "Motor Hilang Selama 46 Tahun Di Temui Kembali"