Mesti Tahu!! Hiasan Dalam Rumah Yang Dilarang Dalam Islam

sekadar gambar hiasan


Rumah adalah tempat perlindungan dan beristirahat. Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah.

Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yang bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda:
Empat perkara yang membawa kebahagian iaitu Isteri Solehah, Tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan Kenderaan yang selesa (Ibnu Hibban)

Manakala Allah SWT berfirman:
Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan (Surah an-Nahl : 80)

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung.

Ini kerana, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya Malaikat Rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.

Rasulullah SAW bersabda:

1)Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung (Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya.
Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki Malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya.

2) Cacatkan Angota Patung

Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau yang sewaktu dengannya.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung. Hari berikutnya pun Jibrail masih tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad:
Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi dan Ibnu Hibban)

Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan.
Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka.

3) Perhiasan Yang Di Benarkan dan Yang Tidak Di Benarkan Dalam Islam

no 3 ni selalu kita buat..letak pic artis
Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan dan benda yang tidak bernyawa. Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.

Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar artis yg memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar Orang Kafir (orang bukan Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah SWT.

slam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.

Menggantungkan gambar-gambar Orang Alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam juga mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh.

Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjdi kenangan.

4-Seksaan Pada Hari Kiamat

Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan atau sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.

Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan atau jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.
Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya akan dimakan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan.

Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.

Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat.

Sabda Rasulullah SAW:

Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini. Dalam satu riwayat lain diterangkan: Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh pada patungnya itu, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu. (Riwayat Bukhari)

Maksud hadis ini ialah, Allah SWT akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan dan penghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.

0 Response to "Mesti Tahu!! Hiasan Dalam Rumah Yang Dilarang Dalam Islam"