Jika Harimau Lawan Singa Siapa Yang Menang

Menurut catatan pada zaman Rom kuno, dimana harimau vs singa sering diadu dalam sebuah pertunjukkan, ternyata harimau-lah yang paling sering menjadi pemenang.

Craig Saffoe, seorang ahli biologi dari taman haiwan Smithsonian Zoo di Washington, DC, mengatakan bahawa hal itu boleh terjadi kerana harimau mempunyai naluri membunuh yang lebih besar daripada singa.

Singa terbiasa untuk memburu secara berkelompok, bahkan pada singa jantan sekalipun. Singa juga cenderung untuk tidak terus membunuh mangsanya. Rupanya sifat "sosial" ini lah yang menjadi kelemahan bagi singa.

Singkat kata, harimau lebih sering memenangi pertarungan kerana harimau lebih bengis daripada singa.


0 Response to "Jika Harimau Lawan Singa Siapa Yang Menang"