Jambatan Lingkaran Unik Untuk Penjalan Kaki Di China

Jambatan pejalan kaki yang unik telah dibuka di Lujiazui, daerah Pudong di Shanghai, China.Apa yang menariknya tentang jambatan pejalan kaki ini rekaannya yang berbentuk bulatan besar yang sangat unik dan menarik.

Ianya direka bagi pejalan kaki untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di roundabout yang terdapat di tengah-tengah bandar tersebut. Jambatan tersebut menghubungkan bangunan Oriental Pearl Tower ke tempat-tempat lain yang terdapat di sekitar seperti pusat membeli-belah dan kafe, stesyen transit dan bangunan-bangunan pejabat yang lain.

Jambatan pejalan kaki ini berketinggian 5 meter dan dilengkapi dengan laluan escalator untuk turun naik, serta ianya mampu memuatkan seramai 15 orang pada satu sisi kelebaran. Sejak pembukaannya, ianya menjadi tarikan pengunjung yang tidak peliklah, kerana rekaannya yang sangat menarik dan efektif untuk keselesaan dan keselamatan pejalan kaki, selain mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas.



0 Response to "Jambatan Lingkaran Unik Untuk Penjalan Kaki Di China"