Gara-Gara 30 Ribu Gambar Porno Kanak-Kanak: MARA Tamatkan Pinjaman Pelajaran

Mara Tamatkan Pinjaman Nur Fitri Ameer
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat MARA, Rohayah Mohd Zain hari ini menyatakan pinjaman pelajar Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, ditamatkan selepas dia disabitkan bersalah oleh mahkamah di London atas dakwaan memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak.

Menurut Rohayah, pihak Mara memandang berat kesalahan dilakukan oleh mana-mana pelajar di bawah tajaan organisasi tersebut.
“MARA menggantung pinjaman pelajaran beliau sejak ditahan reman pada November lepas atas pertuduhan itu.
“Bagaimanapun setelah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman, pinjaman tersebut ditamatkan serta-merta dan beliau dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah disalurkan,” katanya kepada Bernama.
Menurut laporan portal antarabangsa International Business Times, Nur Fitri Azmeer dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown, London selepas disabitkan dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar lucah kanak-kanak.
Penuntut jurusan Matematik di Kolej Imperial London itu mengaku bersalah di atas semua kesalahan tersebut.
Portal itu turut melaporkan Nur Fitri akan dihantar pulang ke Malaysia sebaik sahaja selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

0 Response to "Gara-Gara 30 Ribu Gambar Porno Kanak-Kanak: MARA Tamatkan Pinjaman Pelajaran"