Fahrin Sah Bergelar Suami Pramugari, Elena Hani


DENGAN sekali lafaz, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Elena Hani Eleas tepat jam 10.40 pagi tadi.
Pasangan sama cantik, sama padan ini memilih untuk disatukan di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
fa3-630x630fa2-630x473Screen-Shot-2015-05-09-at-10.55.21-AMfa1-630x630fa6fah1a.transformedScreen-Shot-2015-05-09-at-11.04.06-AMScreen-Shot-2015-05-09-at-11.04.23-AM
Sebelum ini, Fahrin menjadi bualan hangat selepas mengejutkan ramai apabila mengumumkan bakal berkahwin pada 9 Mei dalam satu sidang media khas namun merahsikan identiti bakal isterinya.
Ini sekaligus menjawab segala teka teki mengenai gerangan bakal isteri Fahrin apabila memilih Elena Hani yang merupakan seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan.
Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai ini dan semoga berbahagia!

0 Response to "Fahrin Sah Bergelar Suami Pramugari, Elena Hani"