“Kalau awak rasa awak susah, ramai lagi orang lain yang susah, jangan mencuri sehingga susahkan diri sendiri dan keluarga,” nasihat seorang Majistret kepada tertuduh kes curi hari ini.
Majistret Muhamad Faizal Ismail berkata demikian kepada Syamsul Akmaar Roslie, 31, sebelum menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM600 selepas dia mengaku bersalah mencuri empat paket Milo bernilai RM127.96.
Dia membayar denda itu. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap, 5 Mei lepas.
Syamsul Akmaar, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di Dotcom Department Grocery Home Shopping Tesco Extra Cheras, di sini pada 8.56 pagi, 5 Mei lepas.
Dalam rayuannya, pemandu lori syarikat Tesco itu memberitahu mahkamah dia menyesal kerana tidak berfikir panjang ketika mencuri Milo tersebut.
“Milo itu untuk minum sendiri (kegunaan keluarga). Masa buat saya tak fikir, sekarang saya rasa susah kerana telah ditahan polis dan perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta anak,” katanya semasa rayuan mengurangkan hukuman.
Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
0 Response to "Akibat Mencuri Milo, Bapa Dipenjara Dan Didenda RM600 "
Post a Comment