21 INDIVIDU PALING BERPENGARUH DI DUNIA

Menjadi orang yang paling berpengaruh, impian yang sememangnya satu dalam sejuta. Dengan kekuasaan dan pengaruh yang ada, pelbagai benda yang boleh dilakukan.



Berikut adalah senarai individu paling berkuasa di dunia menurut majalah Forbes;

1 - Vladimir Putin
Presiden Russia, Vladimir Putin menjadi individu No.1 paling berkuasa di dunia, sekaligus meletakkan presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama di tangga kedua. Beliau mula bertugas sebagai Presiden Russia pada 7 Mei 2012. Dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan kontroversi. Dikaitkan dengan tragedi MH17.

Kekuasaanya ditunjukkan selepas beliau melancarkan perang ke atas Ukraine dan membina saluran paip gas bernilai AS$70 bilion (RM233 bilion) dengan China yang merupakan projek pembinaan terbesar di dunia. Jika dibandingkan Russia dengan kuasa besar dunia, Amerika Syarikat, nyata Russia lebih berkuasa.

2 - Barack Obama

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tersenarai ditangga kedua sebagai individu paling berkuasa di dunia. Memegang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat sejak 20 Januari 2009. Merupakan Presiden berkulit hitam yang pertama Amerika Syarikat dan individu yang paling kuat mempunyai pengaruh di seluruh dunia.

3 - Xi Jinping
Presiden China, Xi Jinping mendapat kedudukan di tangga ketiga dalam kelompok individu paling berkuasa di dunia. Merupakan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis China dan tokoh politik yang memiliki pengaruh besar di kalangan masyarakat China dan dunia. Terlibat dalam projek terbesar di dunia yang bernilai RM233 bilion bersama Presiden Russia.

4 - Pope Francis
Pope Francis, merupakan paderi besar di Gereja Roman Katolik. Memiliki pengaruh dan kuasa besar dalam keagamaan. 
5 - Angela Merkel
Canselor Jerman, Angella Merkel menjadi Canselor wanita pertama dan termuda sejak Perang Dunia kedua untuk memipin negara Jerman. Angella dipilih wanita paling berkuasa di dunia dalam bidang politik

6 - Janet Yellen
Tangga keenam, Janet Yellen, ahli ekonomi Amerika Syarikat. Kini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Gabenor Sistem Rizab Persekutuan Amerika Syarikat. Individu yang paling berkuasa dalam perniagaan dan kewangan.

7 - Bill Gates
Top ketujuh individu paling berkuasa di dunia, Bill Gates. Pengasas dan pengerusi Microsoft Corporation. Merupakan individu paling kaya di dunia dan juga seorang dermawan. Memiliki harta kekayaan sebanyak USD 61 milion dan sentiasa meningkat setiap saat.

Fakta menarik mengenai Bill Gates. Sebelum mencapai kejayaan sebegini, beliau hanya mengambil masa 8 jam sahaja untuk tidur  dalam seminggu. Selanjutnya, beliau meluangkan masanya untuk mencipta dan mengembangkan jenama Microsoft

8 - Mario Draghi
Mario Draghi merupakan Presiden Bank Pusat Eropah. Dicalonkan dalam 8 individu paling berkuasa di dunia. Sebelum ini beliau memegang jawatan Gabenor Bank di Itali.

9 -  Sergey Brin
Sergey Mikhailovich Brin, merupakan anak kelahiran Rusia, yang menceburi dalam bidang perkomputeran. Tersenarai dalam individu paling berkuasa di dunia bersama-sama Larry Page kerana kejayaaan mereka mencipta dan mendirikan Google. 

10 - Larry Page 
Larry Page, CEO dan pengasas Google bersama-sama Sergey Brin. Kejayaannya mencipta enjin pencarian Google yang menjadi medium utama carian segala maklumat di internet menjadikannya tergolong dalam kelompok individu paling berkuasa dan terkaya di dunia.

11 - David Cameron
Perdana Menteri Britain, David William Donald Cameron, di tangga kesebelas dalam senarai individu paling berkuasa di dunia.

12 - Abdullah Bin Abdul Aziz al Saud
Tempat ke-12, ialah Raja Arab Saudi iaitu Raja Abdullah Bin Abdul Aziz al Saud. Dikenali sebagai pemimpin Arab yang nasionalis dan modernis.

13 -  Warren Buffett
Warren Buffett, CEO dan pemegang saham terbesar syarikat Berkshire Hathaway. Sebuah syarikat menjalankan perniagaan yang beraneka keluaran.

14 - Li Keqiang

Li Keqiang, Perdana Republik Rakyat China. Memiliki pengaruh dan kuasa dalam bidang politik.

15 - Carlos Slim Helu

Carlos Slim Helu, seorang jurutera, usahawan dan dermawan dari Mexico. Beliau juga merupakan Pengerusi Kehormat Amerika Movil. Terlibat dalam industri telekomunikasi yang mempunyai rangkaian terbesar meliputi negara Mexico dan Amerika Latin. Kekayaannya mengatasi Bill Gates iaitu bernilai USD 53.5 bilion.

16 - Narendra Modi
Narendra Modi, Perdana Menteri India. Antara tokoh politik yang mempunyai kuasa dan pengaruh terkuat di dunia.

17 -  Jeff Bezos
Top ke-17, Jeff Bezos. Merupakan Pengasas dan CEO Amazon.com. Mendapat kepercayaan dalam pembelian buku-buku ilmiah melalui internet.

18 -  Francois Hollande
Francois Hollance, Presiden Perancis. Individu yang berkuasa dalam bidang politik.

19 - Jamie Dimon 
Jamie Dimon, CEO syarikat JPMorgan Chase. Sebuah syarikat multinasional multinasional dan perkhidmatan kewangan induk terbesar di Amerika Syarikat. Syarikat ini memiliki jumlah aset sebanyak AS $ 2515000000000.Menurut majalah ForbesJPMorgan Chase adalah syarikat awam ketiga terbesar di dunia berdasarkan rankingkompositnya.

20 - Ayatollah Ali Khamenei
Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin agung Iran. Merupakan bekas Presiden Iran pada tahun 1981 hingga 1989. Disenangi oleh para penduduk Iran khususnya puak-puak Syiah.

21 - Mark Zuckerberg
Mark Zuckerberg, pengasas laman sosial popular, Facebook, menjadi individu termuda berada dalam senarai apabila menduduki tangga ke-21 individu paling berkuasa di dunia.

0 Response to "21 INDIVIDU PALING BERPENGARUH DI DUNIA"