Esok bermulanya seluruh umat islam menunaikan ibadah puasa. Kat bawah ini adalah niat puasa dan juga doa berbuka puasa.
Niat Puasa Ramadan yang dibaca setiap malam :
Dibaca: Nawaitu shauma gadhin ‘an ada-i fardhi sayahri ramadhani hadzihis-sanati lillahi ta’ala.
Bermaksud: Aku berniat puasa esok hari untuk melaksanakan kewajiban bulan ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Doa Berbuka Puasa Ramadan :
Dibaca : Allahuma laka shumtu wabika amantu wa ‘ala rizqika aftartu birahmatika ya arhama rohimin.
Bermaksud : Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa dan dengan rizki-Mu aku berbuka, Maha besar Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
SOLAT SUNAT TARAWIH
Untuk pengetahuan anda, hukum solat sunat Terawih ialah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Lafaz niat solat sunat Tarawih :
Dibaca: Ussali sunnatat tarawihi rak’ataini makmuman lillahi ta’ala
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Sunat Tarawih adalah sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat sahaja. Cara melakukan solat Tarawih adalah sama seperti solat sunat yang lain. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis:
“Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Jadi, jom bersiap untuk bertarawih malam ini. Penuhilah juga hari-hari pada bulan Ramadan ini dengan bacaan Al Quran kerana kita disunatkan memperbanyakkan tadarus Al Quran, membaca selawat, zikir dan memperbanyakkan doa. Seeloknya elakkan dari bacaan yang menjurus kepada fitnah ataupun perkara yang boleh melalaikan kita dan bersamalah kita memperbanyakkan amalan ibadah di bulan puasa yang mulia ini.
1 Response to "Niat Berpuasa dan Panduan Solat Tarawih"
Info yg membantu
Post a Comment