Didie Alias Selamat Bersalin Anak Lelaki

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pelawak Didie Alias yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan comel.


Ini merupakan cahaya mata keenam buat Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, namun yang sulung hasil perkahwinannya dengan Norisham Ismail pada 2009.

Didie sebelum ini mengakui, dia teruja untuk menyambut kelahiran bayi selepas mengetahui jantinanya memandangkan daripada lima anak yang ditimang hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon Ridzuan Hashim, hanya seorang daripadanya lelaki.


Apatah lagi, cahaya mata ini ditimang selepas 15 tahun Didie tidak lagi menimang anak kecil.

Selamat berpantang diucapkan. Semoga kelahiran bayi baru ini akan mengerat dan membahagiakan lagi hubungan Didie sekeluarga hendaknya. #mynewshub

Sumber Gambar: Roti Kaya

0 Response to "Didie Alias Selamat Bersalin Anak Lelaki"