10 Perkara Terlarang Dalam Facebook!

Salam..
facebook privacy watblog com 10 Perkara Dilarang Dalam Facebook
Ramai yang taksub dengan facebook sejak kebelakangan ini. Kali ni kami nak berkongsi tentang perkara dilarang dalam facebook sebagai peringatan manalah tahu leka sangat beronline sampai tak sedar terbagitahu benda yang boleh mendatangkan bahaya. 

1. Tarikh lahir 
Mendedahkan tarikh lahir korang sangat berisiko tinggi terutama katalah korang punya cardbank hilang atau menjadi sasaran seseorang, haaa mungkin dorang akan gunakan tarikh lahir sebagai kata kunci?
2. Nama ibu 
Korang perlu tahu bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai korang menerusi dalam talian. Bukan setakat talian jek tapi soalan dalam yahoo mesengger pun ada.
stranger danger1 10 Perkara Dilarang Dalam Facebook
3. Alamat rumah 
Tidak perlu rasanya sebarkan alamat kediaman kepada umum sebabnya penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila korang ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.” Take note that sebab aku pun kerap bercuti sana sini.
4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu kornag takde katirumah dalam sesuatu tempoh yang lama tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah  sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Hati-hatilah ye!
Bahaya Facebook 10 Perkara Dilarang Dalam Facebook
7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan. Malah jangan cuba menjadidesperate apabila putus cinta kelak mengundang perogol bersiri mencari korang.
8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah bahaya sebabnya berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.
sunbelt vacations social media 10 Perkara Dilarang Dalam Facebook
9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik korang memberitahu rakan-rakan tentang percutian selepas pulang dari bercuti daripada berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.
10. Gambar di dalam rumah.
Korang mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah dilengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah sangatlah tinggi.
P/s: Pendapat peribadi, bukan semua tentang kita patut di SHARE di dalam facebook mahupun twitter dan kat sini lah letaknya privasi kita untuk keselamatan hari esok. Nak salahkan sape kalau bukan diri sendiri?
Sumber : PenMerah.Com

0 Response to "10 Perkara Terlarang Dalam Facebook!"