Tasik Hillier adalah sebuah tasik yang berwarna merah jambu terletak di Middle Island , iaitu pulau yang terbesar di antara pulau-pulau yang membentuk Kepulauan Recherche, Australia Barat. Dari pandangan atas, tasik ini kelihatan seperti pepejal berwarna merah jambu.
Info Ringkas:
- Tasik ini berukuran kira-kira 600 meter panjang, dan dikelilingi oleh pantai pasir dan hutan paperbark dan eucalyptus. Satu jalur sempit gumuk pasir yang diliputi oleh tumbuh-tumbuhan memisahkan ia ke utara dari Lautan Selatan.
- Tidak seperti lain-lain tasik merah jambu di dunia seperti Retba dan kolam di San Francisco Bay, asal usul warna merah jambu Tasik Hillier belum dapat dibuktikan secara saintifik.
- Namun berdasarkan spekulasi, warna merah jambu ini berkemungkinan timbul daripada pewarna dicipta oleh oraganisma Dunaliella salina Halobacteria.
- Hipotesis lain adalah bahawa warna merah jambu ini disebabkan oleh bakteria halophilic merah.
0 Response to "Tasik Berwarna ‘Pink’ yang Menakjubkan di Australia"
Post a Comment