Sebuah pondok kecil serta usang tanpa sebarang kemudahan asas yang dibina menggunakan bahan terpakai di hadapan loji kumbahan Taman Selayang Permai, di sini, menjadi tempat berteduh tiga beranak yang hidup serba kekurangan.
Mammu Kuthy Dollah, 58, tinggal di pondok itu bersama dua anaknya iaitu Aminah, 9, dan Muhammad Nazrin Shah, 6.
Dia mendakwa tidak berkemampuan kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menyewa rumah dan terpaksa tinggal di pondok itu yang dikelilingi semak, malah pernah dimasuki binatang berbisa seperti ular serta biawak.
Lebih malang Mammu berkata isterinya, Jamilah Muidukuty, 46, melarikan diri dua tahun lalu meninggalkan dua anak yang masih kecil.
“Masa itu isteri saya lari ikut lelaki lain dan sehingga kini masih tidak dapat dikesan. Saya sukar untuk menjaga anak dalam masa sama perlu bekerja
0 Response to "Ibu Lari Ikut Lelaki Lain, 3 Beranak Hidup Miskin"
Post a Comment