Kalau singgah di Pulau Pinang pasti tidak lengkap kalau tidak mencuba makanan yang terdapat di sana. Sampaikan ramai yang berkata Pulau Pinang merupakan “Syurga Makanan”.
Jadi untuk membuktikan kenyataan itu, di bawah adalah 7 tempat makan menarik yang wajib disinggahi semasa berada di Pulau Pinang.
#1 Nasi Kandar Line Clear
Jalan Penang, George Town
Tempat ini terletak di celah-celah lorong. Kedai yang kecil sahaja, tetapi nasi kandarnya cukup ‘kaw’!.
Restoran ini merupakan antara tempat makan nasi kandar wajib singgah di Pulau Pinang.
Lauk-pauk yang panas pasti menarik minat pelanggan untuk mengunjungi tempat ini.
#2 Nasi Kandar Beratur
Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town
Kedai makan ini betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling.
Kedai makan ini mula dibuka pada pukul 10 malam dan kalau anda datang tepat pada pukul 10 malam, alamat beratur panjang la sebab ramai orang datang nak menikmati nasi kandar bersama ayam ros yang enak.
#3 Jeruk Madu Pak Ali
Kawasan Perindustrian IKS, Perda Tasek, Seberang Perai Selatan
Ibu-ibu mengandung yang mengidam jeruk pasti terliur apabila terlihat atau terhidu bau jeruk yang datang dari kedai Pak Ali ini. Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali ini telah dijalankan sejak tahun 1985 lagi.
Keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali ini ialah ianya menggunakan gula pasir dan ada tambahan madu lebah asli sebagai citarasa unik yang menjadikan ia Jeruk Madu. Ianya juga dihasilkan menggunakan cuka epal yang memang baik untuk kesihatan.
Jika makan Jeruk Madu Pak Ali ini, kita tidak akan batuk dan tidak sakit tekak ataupun tersedak seperti kebiasaan kita makan jeruk lain yang ada di pasaran.
#4 Hussain Pasembur
Padang Kota Lama Food Court
Antara gerai yang happening di Padang Kota Lama kerana susunan makanan yang pasti menarik minat pelanggan yang datang. Dibuka dari tengah hari sehingga pukul 1-2 pagi.
Banyak pilihan seperti udang goreng, fishball, fishcake, isi ketam, sosej, sotong, tempe dan pelbagai lagi. Ditambah pula dengan kuahnya yang pedas-pedas manis dicampur dengan hirisan timun.
#5 Laksa Janggus
338, MK1, Kampung Perlis, Balik Pulau
Laksa Penang memang terkenal dikalangan rakyat Malaysia. Kalau kat Pulau Pinang ni, kedai Laksa Janggus lah yang terkenal sekali.
Kalau order Laksa Special ni, anda akan dapat rasakan kuahnya yang sering menjadi bualan ramai. Selain rasanya yang pekat, kuahnya juga dicampur dengan daun janggus yang memang menjadi trademark kedai tersebut.
#6 Char Kuey Teow Sungai Dua
Berdekatan susur keluar Lebuhraya Utara Selatan Sungai Dua
Tagline kedai ini “Telur Ayam Di Basuh”, sentiasa dipenuhi pengunjung. Ianya dibuka pada pukul 5 petang hingga pukul 3 pagi.
Terdapat tiga jenis masakan disini iaitu Char Kuew Tiaw Udang (kecil, besar dan special), Nasi Goreng Udang dan juga Udang Goreng Sepinggan. Harganya memang berpatutan. Ori Penang mari!
#7 Mee Goreng Sotong Hameed Pata
Food Court bersebelahan Fort Cornwallis, Padang Kota Lama
Antara tempat yang menyediakan mee goreng yang menarik di Pulau Pinang. Menu special di sini ialah Mee Goreng Sotong dan portionnya boleh tahan banyak.
Mee digoreng dan digaul dengan baik dengan perencah asli Hameed Pata. Sambal sotong nya pedas-pedas manis. Kepada yang tak tahan pedas tu boleh la add-on ais kacang atau coconut shake.
0 Response to "7 Tempat Makan Wajib Singgah Di Pulau Pinang"
Post a Comment