Bagi yang telah bergelar ibu bapa, tentu memerlukan belanja yang besar untuk persekolahan anak-anak. Ada kawan berhutang, tapi liat nak bayar hutang. Nak ingatkan mereka untuk bayar, kita pula naik segan.
Di bawah kami kongsikan pelbagai cara yang boleh anda gunakan untuk minta kawan bayar hutang. Gerenti diorang bayar baliklah lepas ni:
1) Minta secara terus-terang melalui akaun sosial
Mungkin sebelum ini, kamu pernah berterus-terang secara lisan meminta kawan kamu membayar hutangnya, tapi dia tetap buat tak tahu saja. Kali ini, apa kata kamu gunakan akaun sosial yang kamu ada untuk berbuat demikian. Kamonlah, semua orang buat begini sekarang. Asal tak puas hati je, settle di status Facebook. Mengapa pula kamu tak boleh? Lagipun, dia yang liat nak bayar hutang.
2) Secara berkias atau berseloroh
Tetapi jika kamu masih punya hati perut, kamu boleh gunakan cara berkias ketika minta kawan kamu bayar hutangnya. Contohnya, kamu boleh berpantun:
Berseni sungguh pantun ini kan?
Atau menambahkan perkataan LOL atau hehehe mahupun huhuhu ketika meminta dia membayar balik hutangnya.
3) Melalui selfie
Kalau kamu masih tak sampai hati minta kawan kamu bayar hutangnya secara berterus-terang atau guna cara berkias, kamu juga boleh gunakan cara yang kreatif iaitu ambil gambar selfie kamu dengan muka sedih dan buatlah caption menyayat hati seperti berikut:
4) Invite kawan kamu main game Poker di Facebook
Kamu invite kawan kamu main game judi ini di Facebook, sehinggalah beliau naik darah dan melenting. Bila dia melenting, tentulah dia akan kemaskini status Facebooknya lebih kurang berikut:
Jadi kamu bolehlah membuat maklumbalas dengan mengatakan tujuan kamu supaya dia menang semasa main game Poker itu dan duit itu nanti bolehlah dia bayar hutang kamu.
5) Iklankan di suratkhabar atau di laman web
Ini cara paling kejam dan hanya boleh kamu lakukan jika kesemua cara di atas gagal. Jika kawan kamu tetap enggan membayar hutang kamu, kamu iklankan saja mukanya dan masalah liat bayar hutangnya itu di akhbar utama seperti Harian Metro, Berita Harian dan Sinar Harian.
0 Response to "5 Cara Paling Berkesan Untuk Minta Kawan Bayar Hutang"
Post a Comment