.
Pada 1988, penonton di Malaysia mempunyai tiga pilihan siaran TV. Selain RTM1 & RTM2 yang telah wujud sejak dekad 1960-an, terdapat siaran TV3 yang boleh dikatakan masih baru ketika itu. TV3 mula bersiaran sejak 1984, tetapi tidak meliputi ke seluruh negara pada mulanya.
Satu kajian rambang yang dijalankan pada penghujung 1988 terhadap lebih 9 juta penonton TV di Malaysia mendapati bahawa TV3 telah berjaya menjadi siaran TV nombor satu pilihan para penonton, walaupun peratusan jumlah penonton TV3 tidak jauh berbeza daripada RTM1 yang menduduki tempat kedua. Sementara RTM2 pula menduduki tempat ketiga.
Menurut kajian tersebut, rancangan TV waktu perdana (malam) yang paling popular ketika itu ialah seperti siri Drama Swasta – Hatiku Hati Jua (RTM1), siri Drama Jepun – Rin Hane Koma (RTM1), telefilem Layar Mutiara – Sesuci Embun Pagi (RTM1), cereka pendekDrama Minggu Ini – Jejak Berduri (RTM1), Berita Nasional (RTM1), telefilem Cerekarama – Novel Oleh Atika (TV3) dan satu-satunya cereka bahasa Inggeris paling popular, Mac Gyver (TV3). Manakala rancangan di luar waktu perdana (iaitu waktu petang) yang popular ketika itu ialah cereka bahasa Cina seperti Filem Kantonis – Crazy Nuts (RTM2) dan Panggung Sutera – Walking Beside Me (TV3)
0 Response to "RARE!! Rancangan TV Paling Popular (1988)"
Post a Comment