Yana Samsudin Tunggu Lamaran Fadzil Zahari



Umum mengetahui hubungan Yana dengan adik Farid Kamil, Fadzil Zahari. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Malah mereka berdua sudah berkenalan selama 5 tahun. Memang cantik molek dan sesuai sangatlah untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya.
yana samsudin


Menerusi  Sinar Harian, Yana Samsudin memaklumkan yang dia sekarang hanya menunggu lamaran daripada Fadzil Zahari. Kata Yana:-
Kami masih berkawan baik cuma sebagai perempuan saya cuma mampu menunggu dan terus menunggu. Apabila sampai masanya, saya akan beritahu kepada semua. Lagipun perkara baik seperti ini pasti menggembirakan keluarga dan peminat saya juga.
Jika ada perkembangan mengenai status hubungan kami, biarlah ia keluar daripada mulut dia sendiri. Saya seorang yang ‘simple’, jadi saya mahu majlis saya nanti juga dilakukan dalam suasana yang sama. Kalau boleh, saya tidak mahu majlis tunang dan sebagainya sebaliknya terus bernikah
yana
Pastinya para peminat tidak sabar untuk melihat Fadzil Zahari melamar Yana Samsudin. Yana tahun ini pun dah berumur 29 tahun. Memang sesuai sangat usia itu untuk berkahwin. Harap-harap Fadzil tak terlalu lama menunggu untuk melamar. Sama-samalah kita doakan agar jalan untuk mereka dipermudahkan. Amin.

Sumber: Beautifulnara

0 Response to "Yana Samsudin Tunggu Lamaran Fadzil Zahari"