Curi Kereta Mewah Setiap Bulan Untuk Kekasih



Kuwait – Polis semalam menahan seorang lelaki yang mencuri sebuah kereta mewah setiap bulan hanya untuk menggembirakan teman wanitanya.

Penangkapan itu dibuat selepas polis menahan teman wanita lelaki berkenaan memandu sebuah kereta curi.
Apabila disoal, wanita itu berkata, kereta berkenaan hadiah daripada teman lelakinya.
Dia juga memberitahu teman lelakinya memberinya kereta mewah berlainan setiap bulan.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila diberitahu kereta dipandunya itu kereta curi.
Akhbar Al Watan melaporkan, wanita itu memberikan maklumat teman lelakinya yang membolehkan lelaki itu ditangkap.
Lelaki itu ketika disoal siasat mengaku memberitahu teman wanitanya bahawa dia jutawan.
Untuk meyakinkan kekasihnya, dia mencuri kereta mewah setiap bulan untuk diberikan kepadanya. – Agensi

0 Response to "Curi Kereta Mewah Setiap Bulan Untuk Kekasih"