Wafa Abdul Kadir Bertarung Nyawa Buang Besi Di Leher


wafa 2

Setelah beberapa jam bertarung nyawa akhirnya pelakon dan penerbit Wafa Abdul Kadir dilaporkan dalam keadaan stabil.

Wafa Abdul Kadir, 48 terpaksa menjalani pembedahan besar semalam bagi membetulkan tulang lehernya kesan daripada kemalangan dua tahun lalu.

Selebriti ini dikatakan mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Tropicana dan menjalani pembedahan kira-kira pukul 11 pagi.
Menurut rakan baik selebriti ini, Betty Banafe memberitahu suami Wafa memaklumkan kepadanya pembedahan tersebut berjaya dilakukan dan memakan masa selama tujuh jam.
Memetik petikan mStar Online, Betty Banafe berkata “Alhamdulillah, lega hati saya apabila suaminya memberitahu pembedahan yang dijalani itu berjaya dan keadaannya stabil. Saya difahamkan, besi yang dipasang pada tulang leher Wafa pada dua tahun lalu tidak dimasukkan dengan betul dan kerana itu ia telah memberi kesan kepada organ lain.
“Oleh itu doktor terpaksa membuang semula besi tersebut dan membetulkan tulang leher itu. Ia merupakan satu pembedahan yang merumitkan,” katanya.
Betty turut berkongsi foto keadaan Wafa selepas menjalani pembedahan di Instagram miliknya.

Betty juga memohon jasa baik semua pihak bagi mendoakan kesejahteraan rakan baiknya lagi pembedahan ini mampu meragut nyawa Wafa Abdul Kadir.
“Wafa memberitahu saya, jika dia tidak menjalani pembedahan, dia bakal berdepan dengan risiko hilang nyawa. Sekiranya menjalani pembedahan pula, kesannya juga tetap sama.
“Dan andaikata Wafa selamat, dia mungkin akan lumpuh, hilang peti suara atau tempoh masa untuk sembuh akan memakan masa yang sangat lama. Jadi dia mengambil pendekatan untuk meneruskan pembedahan itu,” ujar Betty.
554115_470725612972233_1849690898_n
Untuk makluman anda, Wafa pernah berlakon dalam filem Azizah The Legend dan drama Pasukan Gerakan Khas dan menjadi penerbit filem animasi Budak Lapok.
Pada 1993, Wafa pernah dicalonkan Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Beliau juga merupakan anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib dan isteri kepada Tajul Tamimuddin. 

0 Response to "Wafa Abdul Kadir Bertarung Nyawa Buang Besi Di Leher"