Empayar Turki Uthmaniyah: keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu.
Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13.
Di bawah kami bawakan kepada anda melihat rupa sebenar tentera Khalifah Uthmaniyah.
Pasti ada dikalangan kita yang hanya tahu pada namanya sahaja, tetapi tidak pula dapat melihat bagaimanakah rupa pakaian rasmi dan teknologi yang dimiliki oleh mereka yang begitu agung ketika pemerintahan Turki Uthmaniyah suatu ketika dulu.
Pengambilan askar baru untuk menjadi sebahagian daripada tentera Uthmaniyyah merupakan satu sistem yang kompleks.
Didalam tentera Uthmaniyyah, askar berkuda merupakan unit utamanya.
Askar berkuda ini menggunakan panah dan pedang pendek sambil mempraktikkan taktik seperti yang ditunjukkan oleh tentera Mongol.
Tentera Uthmaniyyah pernah menjadi tentera termoden dan terkuat di dunia, menjadikannya kerajaan pertama menggunakan khidmat askar bersenapang.
Unit tentera elit Uthmaniyyah ialah tentera Janissari yang juga merupakan pengawal peribadi sultan-sultan.
Selepas kurun ke 17, Kerajaan Uthmaniyyah tidak lagi mampu menghasilkan angkatan tentera moden disebabkan kurangnya reformasi dan askar-askar Janissari yang korup.
Pembubaran unit Janissari pada tahun 1826 sudah terlambat dan ketika perang menentang Rusia, Empayar Uthmaniyyah kekurangan senjata moden dan teknologi.
Pemodenan Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-19 bemula dengan pemodenan angkatan tenteranya.
Empayar ini merupakan institusi pertama mengupah pakar asing dan menghantar pegawai-pegawai kanan mereka untuk menjalani latihan di negara-negara Barat.
Dengan cara ini teknologi dan senjata baru tiba di sini seperti senapang dari Jerman dan British, tentera udara dan tentera laut moden.
Empayar Uthmaniyyah berjaya dalam memodenkan angkatan tenteranya, walau bagaimanapun mereka masih tidak dapat menandingi kuasa-kuasa Barat.
0 Response to "Wajah-Wajah Sebenar Tentera Khalifah Uthmaniyah "
Post a Comment