Setelah adanya penggabungan/pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada di antaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada.
1. Abyssinia: Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20.
2. Austria – Hungary: Sebuah kerajaan monarki (juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan (pada hari ini) Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negara Balkan. Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama.
3. Basutoland: Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966.
4. Bengal: Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India.
5. Burma: Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma.
6. Catalonia: Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol. Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 – 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut.
7. Ceylon: Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972.
8. Champa: Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini. Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.
9. Corsica: Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini, ia termasuk dalam negara Perancis.
10. Czechoslovakia: Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia dan Republik Czech.
11. Jerman Timur & Jerman Barat: Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman.
12. Pakistan Timur: Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.
13. Gran Colombia: Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador. Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.
14. Hawaii: Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.
15. New Granada: Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1830 sehingga 1858. Kemudian negara dikenali dengan nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886 – sehingga sekarang)
16. Yaman Utara & Yaman Selatan: Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara (dikenali Sebagai Republik Arab Yaman) dan Yaman Selatan (dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.
17. Empayar Uthmaniyyah: Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah. Empayar ini runtuh pada 1932.
18. Persia: Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India. Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke-16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini.
19. Prussia: Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland. Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia ke-2 dan terus dimansuhkan selepas itu.
20. Rhodesia: Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe.
21. Siam: Menjadi Thailand pada tahun 1939.
22. Sikkim: Sekarang ini merupakan daerah utara India. Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke-17 sehingga 1975.
23. Vietnam Selatan: Wujud sekitar 1954–1976 sebagai wilayah anti komunis. Menyertai semula Vietnam selepas itu.
24. Southwest Afrika: Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.
25. Taiwan: Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini, ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka. Taiwan adalah ibu negara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.
26. Tanganyika & Zanzibar: Dua buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.
27. Republic Of Texas: Mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.
29. Tibet: Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke-7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang
30. Transjordan: Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946.
31. USSR (Union of Soviet Socialist Republics): Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.
32. Urjanchai Republic: Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia.
33. Vermont: Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.
34. West Florida: Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810, namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.
35. Western Samoa: Menjadi Samoa pada 1998.
36. Yugoslavia: Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.
37. Zaire: Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.
0 Response to "Negara–Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi"
Post a Comment