Berwuduk Cara Rasulullah

air sembahyang
C
Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim Al-Ansariy r.a:
Beliau telah ditanya: Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah s.a.w berwuduk.
Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali.
Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali.
Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk.
–Hadith riwayat Muslim.

0 Response to " Berwuduk Cara Rasulullah"