Pelakon terkenal, Ramona Zamzam bakal menamatkan zaman bujang bersama lelaki pilihan hatinya yang berasal dari Palestin iaitu Rami Alashkar beberapa minggu dari sekarang.
“Alhamdulillah, saya kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Saya memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang.
“Buat masa ini, kami rancang adakan majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Bagaimanapun ada pihak berhajat untuk menaja majlis akad nikah kami. Jadi kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Apa yang penting, tarikhnya tetap sama,” katanya.
Aktres cantik itu memberitahu perkenalan bersama Rami bermula ketika sama-sama menuntut di Kolej Segi, di mana ketika itu Ramona dalam pengajian diploma manakala Rami pula sedang mengambil ijazah sarjana muda.
“Saya bukan jenis yang pilih lelaki luar, tetapi pengalaman saya bercinta dengan lelaki tempatan membuatkan saya sedikit serik. Berbeza dengan Rami kerana dia tidak mengongkong saya, jauh sekali bersikap cemburu buta. Pendek kata, semuanya senang dan aman.
“Dia juga amat memahami saya dan tidak menghalang saya meneruskan karier seni selepas berkahwin. Itu yang penting kerana saya bukan jenis yang boleh duduk diam dan suka bekerja, tapi bukan bermakna sehingga mengabaikan tanggungjawab saya,” tambahnya lagi.
0 Response to "7 Gambar Bakal Suami Ramona Zamzam, Rami Alashkar"
Post a Comment