Tarikh keramat 3 hb jun, aku pada masa tu mmg dah bersiap sedia untuk bertolak dari kl ke machang, kelantan, sempena majlis perkahwinan sepupu aku. jadi mak n adik beradik sekeluarga dah pun berlepas dari kuantan ke machang, cuma tinggal aku dan abang aku sahaja yg melalui kl - machang..
aku drive sorang2 sahaja mengekori keta abang ku bersama isteri, adik ipar nya dan anak kecil nya
melalui karak highway kemudian ke bentong dan raub serta melalui kuala lipis tidak langsung menggambarkan masalah, cuma menuju ke kawasan bukit tinggi antara kuala lipis gua musang dan juga bukit tujuh sedikit sebanyak meresahkan dengan adanya lori2 berat menghalang laluan..
betul2 berada di atas bukit tinggi kereta aku menyusur perlahan2 mengekori kereta2 lain..mmg aku rasa tak sedap hati sangat tambahan kiri dan kanan sangat2 gelap cuma diterangi lampu kereta2....
kemudian, aku terdengar bunyi mendengus sekali dari belakang..mulanya langsung aku x hiraukan..aku fikirkan mungkin bunyi tayar kereta..lepas selang 5 saat bunyi mendengus sekali lagi seakan2 bunyi kucing yg bergomol, dan pada saat itu lah tiba2 bulu roma aku berdiri tegak 90 darjah, darah aku menyirap dari tapak kaki terus naik ke ubun2 kepala..time tu aku rasa mcm nak pitam.....semestinya aku rasa seperti ada benda kat belakang aku...mmg aku tak nampak tapi aku bleh rasa ...sebelum kejadian nie aku tak penah langsung terfikir kan hantu malah aku cuma risau dengan lori2 berat yg perlu memandu dengan hati2 ..
aku mula kuatkan bunyi lagu2 mp3 yg dipasang..time tu cd ayat2 al quran abang aku dah amik awal2 lagik :mad: :mad: so aku just pasang mp3 lagu2 lama2 dengan kuat sambil mulut membca ayat2 quran...
lepas je aku memotong lori, aku masih lagi rasa benda tu kat belakang..aku capai hp nak call abang aku tapi time tu signal takde :mad: :mad:
aku kena abiskan jalan bukit2 dulu dengan benda tu..mmg terasa sgt aura dari belakang aku..keta tak berat tapi tekanan tu datang dari kepala dan belakang aku...
keta abg aku di depan dan aku dibelakang..pelik....lori2 berat tadi ke mana? tiba2 gelap ajer ...mmg pelik ..baru sahaja aku melepasi lori tersebut :mad: :mad:
apa lagi, aku terus high beam dan memecut melintas keta abg aku, abg aku time tu katanya dah perasan ada something wrong ngan aku, so dia bagi aku pintas dia.....time tu lah bila abg aku high beam lampunya, dia nampak benda hitam macam kucing besar (sebesar kambing tapi rupa macam kucing) kat bahagian belakang keta aku...abg aku terus high beam ...last2 benda tu hilang dengan sendiri nya...
kami tak berhenti di tepi jalan malah terus sahaja perjalanan shingga sampai di ruang rehat gua musang...
masa tu lah abg aku bgtau ada benda kat belakang keta aku, aku mmg tak nampak benda tu...
peristiwa ini sedikit sebanyak mengajar aku betapa mencabarnya perjalanan dari kl-kelantan...bukan hanya cabaran dengan lori2 berat, namun cabaran ini tidak kurang hebat nya...
begitulah peristiwa ngeri aku yg paling latest...
1 Response to "KISAH Seram : JALAN BUKIT TINGGI -BUKIT 7 GUA MUSANG-KUALA LIPIS "
Dh ramai yang 'kena' kt area tu, rezeki sedara la agaknya :)
Post a Comment