Dato Sharifah Aini Meninggal Dunia

Industri Seni Tanah Air dikhabarkan dengan berita penuh kesedihan dengan kehilangan Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini yang meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu. Al-Fatihah.

0 Response to "Dato Sharifah Aini Meninggal Dunia"