Ikan Barreleye hidup di bahagian laut dalam, dan mempunyai kepala telus pandang (transparent) yang mengandungi cecair.
Ditemui di kedalaman 2000 hingga 2,600 meter di bawah permukaan laut, mata ikan itu menunjuk ke arah yang sama "kedepan" memberikan penglihatan binokular. Matanya boleh diputar ke atas dan ke depan untuk mencari mangsanya sehingga dapat bergerak menuju makanan.
Dengan kepalanya yang telus, ikan ini mempunyai tubuh gelap yang membolehkan untuk berkamuflase di kedalaman laut. Kepala ikan ini juga berfungsi seperti perisai dan kebal terhadap sengatan obor-obor. Kerana kepalanya yang telus, maka kita dapat melihat bagaimana matanya bekerja, bola hijau dalam kepala adalah kanta matanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Ikan Aneh Dengan Kepala Lutsinar"
Post a Comment