Jika anda bakal berjalan jauh bersama anak yang masih kecil, sudah tentu anda berharap semuanya berjalan dengan lancar. Cuba bayangkan keadaan anak anda sedang menangis tidak selesa di dalam kapal terbang. Bukan sahaja kapal terbang, keretapi malah di dalam kereta juga boleh membuatkan anda stress.
1. Peraturan
Pertama sekali pastikan anda mengetahui peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan mengenai barangan yang boleh dibawa menaiki kapal terbang atau di bawa masuk ke negara lain (jika anda bercuti ke luar negara)
2. Bawa stroller
Bawa stroller supaya mudah untuk anda membawa anak anda di dalam lapangan kapal terbang. Datang lebih awal supaya anda tidak terburu-buru nanti.
3. Susukan bayi
Susukan bayi ketika kapal terbang mula naik dan sedang menurun bagi mengelakkan sakit telinga akibat ketidakseimbangan tekanan di dalam telinga bagi kanak-kanak pula berikan makanan seperti gula-gula.
4. Lampin bersih
Pastikan lampin di tukar sebelum berlepas bagi memberikan keselesaan pada bayi.
5. Yang terakhir naik
Walaupun mereka yang membawa anak kecil di beri keistimewaan untuk naik terlebih dahulu, tetapi apabila anda sudah menaiki kapal terbang tempatnya sempit dan memegang anak yang tidak boleh duduk diam adalah sangat memenatkan. Jadi lebih baik jika anda menjadi orang yang terakhir untuk naik.
6. Bassinet
Anda mungkin ingin memilih tempat duduk dengan ‘bassinet’. Walaupun anda tidak menggunakannya, tetapi selalunya kawasannya adalah lebih besar dan selesa.
7. Mudah keluar masuk
Pastikan anda duduk di tempat duduk yang memudahkan anda keluar masuk untuk ke tandas dan sebagainya.
8. Barang mainan
Bawa bersama barang yang boleh menarik minat anak anda seperti mainan yang kecil. Tidak perlu bawa begitu banyak. Kadang kala majalah dan tali pinggang keledar juga boleh menarik perhatian anak anda.
9. Makanan kegemaran
Jika anak anda seorang ‘picky eater’, jangan lupa bawa makanan kegemarannya.
10. Selimut tebal
Jangan lupa membawa selimut tebal lebih-lebih lagi jika perjalanan anda memakan masa yang lama.
11. Minta pertolongan
Jangan segan meminta bantuan krew kapal jika anda menghadapi sebarang kesulitan.
Anda pula bagaimana? Ada cara lain untuk dikongsi?
0 Response to "11 Tip Menaiki Kapal Terbang Dengan Bayi Atau Anak Kecil"
Post a Comment