Suspek Kes Rogol Dibogel, Dibelasah Sampai Mati




INDIA – Kejadian ini bukan lakonan tetapi benar-benar berlaku dan ia amat mengejutkan apabila orang ramai melaksanakan undang-undang rimba bagi menghukum seorang lelaki yang didakwa merogol seorang pelajar perempuan.
Mereka memecah masuk ke dalam penjara di Dimapur, lalu membogelkan lelaki tersebut sebelum mengheretnya sejauh empat batu.
Lelaki berusia 35 tahun itu turut dibelasah di depan orang ramai yang bersorak.
Mereka juga membaling batu menyebabkan suspek yang merupakan seorang peniaga kereta terpakai, meninggal dunia.

Suspek didakwa merogol berulang kali seorang pelajar perempuan di sebuah kolej pada bulan lepas. Namun dia hanya ditangkap beberapa hari lalu.
Dalam kejadian itu, orang ramai dilaporkan telah membakar dua pintu pagar penjara berkenaan sebelum memecah masuk ke dalam bilik sel dan mengheret suspek hingga ke pintu menara di penjara tersebut.
Mereka turut membakar rumah dan kedai di mana suspek menjalankan perniagaannya.
Beberapa orang yang lain cedera selepas polis menggunakan baton dan melepaskan tembakan ketika cuba meleraikan kejadian berkenaan.
Keadaan di bandar itu kini dilaporkan tegang. 

0 Response to "Suspek Kes Rogol Dibogel, Dibelasah Sampai Mati"