MISTERI KEDAI DI DUSUN GETAH, MELAKA


Cerita ini berlaku pada tahun 2006 di Melaka. Saya dapat cerita ini dari rakan UiTM yang terjadi pada kawan abang dia.


"Aku memang gemar berniaga. Dari zaman sekolah, jual kad nama sampailah ke pasar malam hingga aku membuka kedai. Dengan pinjaman sebanyak RM20,000 aku maksimakan pembelian, mana yang perlu second hand aku secondhandkan.

Nama aku Zam. Sekolah tak tinggi tetapi gemar attend kursus masak. Hampir setiap 3 bulan aku attend kursus masak. Dari buat kuih hinggalah ke buat lauk. Kedai warung aku berada di tepi jalan. Sebelum nak ke kedai aku, kenalah lalu kebun getah & durian.

Memang sebuah je kedai makan aku dekat situ. Beroperasi dari jam 5 petang sehingga 1 pagi. Menunya simple, ala kampung. Cuma aku ada buat western dan menu of the day. Macam puyuh or masak lemak telur itik dan aku suka buat harga bujang. Nasi goreng harga RM3.50 siap dengan telur mata. Alhamdulillah, untung dari kedai ini aku mampu bayar gaji 6 orang pekerja lelaki.

Nak dijadikan cerita, 3 bulan selepas kedai beroperasi, aku dapat rungutan dari Aziz si tukang masak. Katanya tulang-tulang untuk dibuat sup selalu hilang. Aku pun pelik, sebab semuanya dalam freezer dalam kedai.

Aku tak faham sehinggalah Aziz bisik kat aku,

"bang... kalo kul 11 lebih je....tulang sy letak kat luar periuk.dlm.tapis tu yg hilang...tulang selalu sy jmp tmpt abg gali lubg buang smpah tu...monyet x makan tulang bang.....malam.ni"

Cepat-cepat aku sangkal dakwaan Aziz.

2 3 hari selepas itu, aku demam. Tak dapat pergi kedai, jadi aku wakilkan kakak dan adik aku untuk tolong tengokkan kedai.

Aku dapat mesej dari Aron, si tukang buat air.

"bang.kita kena wat sumthing. masa sy nak amik ais.dgr bunyi krup krap.krup krap bang. sy tgk.suluh gn lampu.ada bende mencangkung makan sumthg bangg!"

Aku diam, malas nak layan. Memang tong ais aku letak di luar, luar dari kedai. Hanya ada seketul lampu menerangi tong ais itu. Aku siap tabur karbaid keliling kedai kot-kot ular sawa yang rembat tulang itu.

Semasa cuti perayaan tahun baru cina, kedai aku tutup. Iyelah, kesian tengok pekerja berhempas pulas dan kami pun jangkakan mesti orang tak ramai datang ke kedai. Tambahan pula banyak event yang dianjurkan di Pekan Melaka.

Aku pun keluar dengan isteri. Seronok, dah lama tak berdating berdua. Dah puas dating, jam 2 pagi balik. Aku lalu kawasan kedai, si isteri pula tengok ke arah kedai dan tiba-tiba...

Dia beristighar, suara macam menjerit. Aku yang tengah driving pun terperanjat. Terus aku tanya dia kenapa. Dia kata,

"abang, ada benda bang kat kedai!"

Aku terus berpaling ke arah kedai.  Ya Allah! Bayangkan kedai yang gelap, boleh nampak banyak benda berwarna putih di dalam kawasan kedai. Banyak! Siap ada yang memanjat pokok macam pontianak!

Aku terus pecut! Baru aku terfikir balik semua komplen yang dibuat oleh pekerja aku tempoh hari.

Semenjak dari itu, aku memang dah tak berani. Nak pergi buang sampah di belakang kedai pun aku ajak Kamal (waiter). Dah buang sampah, tiba-tiba ada bunyi kain kena kibas. Macam ada benda terbang, serta merta aku dan Kamal terus berlari ke kedai. Semenjak dari itu, Aziz selalu pasang CD Quran bila time closing.

Suatu hari, aku, Kamal, Aron, Aziz, Din, Jaafar dan Ali tengah sibuk mengemas nak tutup kedai. Timae tu, lampu depan bahagian pelanggan memang dah ditutup. Kami semua mengemas dalam ruang dapur kedai. Yang dipisahkan dengan dinding dan jaring besi.

Tiba-tiba mata aku tertancap pada satu objek dekat meja luar, kira-kira 10 kaki. Macam orang duduk! Cepat-cepat aku bagitau yang lain. Diorang pun nampak, semua terus berhenti buat kerja. SAH! Sah benda tu ada badan tanpa kepala! Dan tiba-tiba dari jauh kedengaran bunyi mengilai dan 

KEDEGANGGG!!!

Macam batu dibaling di atas bumbung. Kami semua nampak ada benda terbang dan terus mencangkung atas meja, duduk di depan badan yang tiada kepala itu.

Macam mana kami nak balik? Tak dapat balik, tidur di kedailah jawabnya. Nasib baik surau kedai ni agak besar, muatlah untuk kami berenam nak tidur masa tu.

Masa nak tidur, macam-macam bunyi yang dapat didengar. Bunyi mengilai.. menjerit, menangis, suara budak, bunyi sudu jatuh. 

Ada aku panggil ustaz. Katanya tapak kedai aku ni memang tempat 'dia'. 'Diorang' takde nak kacau, saja nak test. Bagi diorang, tapak kedai ni tapak lepak diorang. Ustaz nasihatkan aku, kuatkanlah amalan dan kalau tak tahan, pindah je.

Tapi bisnes aku maju, takde plak merundum. Cuma bila detik jam 12 malam, kami semua berdebar-debar. Ada sekali semua berada di depan, tiba-tiba terdengar bunyi jamban kena flush. Ada sesekali tu, si Ali masak untuk buat lauk bawa balik makan. Ada benda melintas siap senyum pada Ali nampak taring.

Ada sekali tu, Aron nak ke jamban, ada benda cakar-cakar pintu jamban. Dan kemuncak semasa aku kena, masa nak tutup lampu dapur, benda itu bertenggek dekat palang alas tu. Mukanya putih pucat macam Ju On! Siap senyum kat aku dan menyeringai macam ucapkan selamat tinggal.

Gila tak gila?! Dah dekat 8 bulan aku berniaga di tapak itu. Last-last, sebab tak sanggup kena ganggu, aku cari kedai dekat bandar Melaka. Alhamdulillah, bisnes maju juga.

Dah 3 bulan lebih aku guna kedai baru, ramai juga pelanggan yang datang. Termasuklah pelanggan dari kedai lama. Siapa bertanya, 

"wei Zam. Mana 3 orang budak perempuan yang tolong Aziz dengan kau tu? Berhenti dah? Comel gile! Baju kurung je hari-hari. Budak Merlimau ke?"

Kami bertujuh je..?

Seram sejuk bila dengar hal ini. Ingatkan kawan tu buat lawak. Tapi pelanggan yang lain pun cakap selalu nampak 3 kelibat perempuan ini. Adakalanya di tandas, tempat ais. Kadang-kadang tengok kami masak, buat air.

Persoalannya, SIAPA 3 ORANG PEREMPUAN TU?????

TAMAT 

0 Response to "MISTERI KEDAI DI DUSUN GETAH, MELAKA"